Hartanah

Dua Kaedah Perlu Tahu Untuk Pancing Ikan Tongkol

Dua Kaedah Perlu Tahu Untuk Pancing Ikan Tongkol

rumahkabin black

 

Tidak semua ikan tongkol di pasaran ditangkap melalui penggunaan pukat atau jaring. Tidak sebagaimana ikan pelagik lain, tongkol memiliki kuasa turbo untuk memecut lari dari kepungan pukat. Oleh yang demikian, kebanyakan neltongkoln terutamanya nelayan persisir pantai memiliki kaedah tertentu untuk menangkap tongkol melalui kaedah tali dan mata kail.

 

Teknik Memancing Tongkol (bot bersauh)

 

Cangkuk anak ikan di bawah perut, atas garis hidup, dekat ekor atau mulut untuk yang hidup. Cangkuk  dalam mulut, mata dan dekat insang untuk umpan mati.

 

Jika menggunakan bilis, masukkan mata kail melalui mata bilis sama ada seekor atau berangkai mengikut saiz.  Bilis juga digunakan sebagai bahan ‘rasuah pemikat’ untuk mengundang kehadiran tongkol dekat dengan kawasan pemancing.

 

Dua Kaedah Perlu Tahu Untuk Pancing Ikan Tongkol

 

Labuhkan umpan mengikut arus tanpa pemberat. Biarkan ia hanyut ke arah unjam atau kawasan  dikenal pasti adanya kumpulan tongkol sedang bermain. Untuk hasil yang lebih efektif, umpan yang dihanyutkan hendaklah dihenjut lembut setiap masa untuk menarik perhatian mangsa.

Jika mampu membuat balingan (bait casting), pasti lontaran tidak mencederakan ikan hidup yang digunakan sebagai umpan. Jika umpan ikan mati tiada masalah.

 

Sentiasa memeriksa keadaan umpan jika anda memancing berdekatan dengan unjam (umpan sering dikacau sotong dan anak ikan).

 

tongkol2

 

Hanyutkan umpan pada kedalaman 10 meter bawah permukaan hingga ke permukaan air.  Lihat kesannya sama ada umpan dirembat di atas permukaan atau di pertengahan air.

 

Teknik Memancing Tongkol (bot menunda)

 

Teknik  ini lebih mudah dan berkesan. Ia lebih produktif di mana hasil melebihi  seekor setiap kali  dinaikkan.

 

Ia dipanggil menunda (trolling) atau mengolok tongkol istilah Pantai Timur. Mata apollo berangkai biasanya 20-100 mata dilabuhkan  di belakang bot yang sedang bergerak merentasi kawasan yang dikenal pasti adanya tongkol.

See also  Selepas tawan Gunung Kinabalu, dia kata hendak berehat - Abang Rosita

 

Saiz mata yang digunakan 10-15. Mata kecil yang lebih besar dari mata selar (mata apollo) digunakan dan mempunyai kekuatan tidak mudah patah.

Anak perambut disyorkan 40-60lb setiap satu diikat pada  100-200lb perambut utama dan 300Ib untuk tali utama.

 

tongkol3

 

Pada tahap ini, jika lebih dari 20 ekor tongkol menyambar dalam satu-satu masa, 2 hingga 3 orang diperlukan untuk menarik kumpulan tongkol yang tersangkut pada mata apollo tersebut.

 

Selain itu appollo yang dijual (maksimun 6 mata) boleh digunakan dengan syarat perambut tersebut mestilah melebihi 30Ib.

 

Warna bulu yang digunakan untuk membuat apollo tongkol biasanya putih (warna bilis) dan sekarang ini warna putih, kuning dan merah digunakan.

 

tongkol4

 

Selain itu togkol juga menyambar gawang sesudu, popper dan jig yang digunakan. Keberkesanan alatan ini anda harus rujuk kepada neltongkoln atau tekong setempat.

The post Dua Kaedah Perlu Tahu Untuk Pancing Ikan Tongkol appeared first on Umpan.

rumahkabin black
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin


Source link