Syatilla Melvin & Shaheizy Sam Sambut ‘Anniversary’ Ke-7 Di Tanah Suci, Syukur Atas Rezeki ‘Luar Biasa’ Ini
Syatilla Melvin dan Shaheizy Sam berasa amat bersyukur yang tidak terhingga apabila diberi kesempatan untuk menunaikan umrah bersama-sama.
Melalui perkongsian Syatilla atau mesra disapa Tilla di laman Instagram, Tilla mengatakan bahawa kehadirannya ke Tanah Suci kali ini begitu bermakna kerana dapat menyambut hari ulang tahun perkahwinan mereka yang ke tujuh.
Bukan itu sahaja, Tilla juga turut menyambut ulang tahun kelahirannya di hadapan Kaabah.
Allahuakhbar… alhamdulillah syukur utk rezeki luar biasa ini ya Allah
Bersaksikan kaabah, berhadapan pintu kaabah dan multazam, engkau rezekikan kami utk menyambut ulang tahun perkahwinan kami ke 7 ya Allah
Moga terkabul segala hajat dan doa kami. Takkan lupa sampai mati” tulisnya.
Perkongsian pelakon tersebut juga telah mendapat respon daripada kenalan dan warga maya. Mereka tidak henti-henti mengucapkan ‘happy anniversary’ kepada Sam dan Tilla.
Berikut antara komen-komen warga maya:
“Happy birthday tilla.. Ain dah khai doakan smoga Allah berkati umurmu dan dilimpahi nikmat dunia dan akhirat.”
“Doakan kami jgk ye semoga satu hari nti dpt jejakkan kaki ke sana. In Sha Allah…”
“Semoga di berkati ibadahnya dan dimakbulkan doa tuan berdua. Syukur alhamdulillah..”
“Happy anniversary @samtilla @shaheizy_sam ! And happy birthday Tilla! Jgn lupa doakan aku.”
“Semoga Berbahagia Hingga Jannah. Happy 7th Wedding Anniversary Pasangan Sejoli.”
“Happy birthday Tilla cantik! Moga termakbul segala hajat tilla and family.”
Pada masa sama, warga maya turut mendoakan agar pasangan pelakon ini mendapat umrah yang mabrur dan segala urusan mereka di Tanah Suci dipermudahkan.
Sumber: Instagram Samtilla
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source link