Matlamat Perkahwinan Bukan Sekadar Halalkan Hubungan Lelaki & Wanita Tapi Sebagai Ladang Pahala Ke Syurga
Cuba semak apakah matlamat anda dan pasangan mendirikan rumah tangga? Adakah kerana sekadar mencari pasangan hidup bagi menemani diri anda daripada kesunyian atau mencari reda Allah bagi mengumpul pahala?
Perkahwinan adalah penyatuan dua jiwa dalam ikatan pernikahan supaya kedua-duanya menikmati rahmat dan ketenangan dalam berkongsi kehidupan berumah tangga yang dipenuhi cinta dan kasih sayang.
Melalui satu hantaran yang dimuat naik oleh Ustazah Asmak Husin, beliau berkongsi tentang bagaimana sesebuah perkahwinan itu dapat membina taqwa dan menambah pahala.
Membina Takwa Dalam Perkahwinan:
Perkahwinan adalah sebuah ikatan yang dibina atas akad suci. Sebuah mahligai yang menjadi amanah Allah buat hambanya.
Perkahwinan adalah sebuah amanah yang sangat berat dan besar, pastinya amanah ini akan disoal di akhirat kelak apabila kita bertemu dengan-Nya.
Tuan puan,
Saya nak ajak kita merenung dan muhasabah kembali apa tujuan sebenar semasa kita ingin mendirikan rumah tangga dahulu?
Adakah untuk menghalalkan perhubungan semata-mata?
Adakah kerana untuk mengubati kesunyian?
Adakah untuk membina keturunan dan generasi?
Kadang-kadang apabila sudah lama berkahwin, rumah tangga kita kadang-kadang seakan hilang rasa bahagia, semakin banyak konflik dan semakin banyak salah faham.
Hampir buntu di mana silapnya kan?
Tuan puan,
Ayuh kita kembali muhasabah awal niat perkahwinan kita dahulu.
Kerana perkahwinan bukan sekadar menghalalkan perhubungan lelaki dan wanita.
Tetapi maqasid sebuah perkahwinan jauh lebih besar daripada itu!
Perkahwinan adalah untuk kita membina taqwa bersama pasangan bagi meraih redha Allah.
Jadikan misi perkahwinan untuk membentuk keluarga sebagai sebuah institusi yang mencetak generasi dakwah Rasulullah.
Jadikan misi perkahwinan sebagai sebuah ladang pahala yang akan membawa kita ke syurga.
Jika niat dan matlamat kita besar, pasti Allah akan lorongkan pelbagai cara untuk membantu kita mencapai matlamat itu.
Percayalah, jika kita dan pasangan berkongsi matlamat takwa dan dakwah dalam rumah tangga dari situ akan sentiasa ada keberkatan.
Kerana keberkatan, sebuah rumah tangga mampu kekal bahagia berbunga mekar hingga ke syurga.
Lalu, ustazah bagaimana kami yang sudah lama berkahwin tapi matlamat awal dahulu tidak langsung berfikir ke arah takwa?
Senyum dan bersyukurlah kerana Allah pilih kamu membaca tulisan ini. Perbaharuilah niat dan matlamat perkahwinan kembali.
Kerana niat itu perlu sentiasa diperbaharui. Selepas sudah perbaharui dan jelas matlamat perkahwinan, berusahalah baiki semula perkahwinan dengan ilmu dan tawakkal.
Bagi yang belum berkahwin, jika anda membaca tulisan ini, berusahalah meletakkan matlamat yang besar dalam perkahwinan.
Kerana kita akan hidup bersama pasangan dan anak-anak bukan setahun dua tapi lebih dari separuh kehidupan dunia.
Sumber: Ustazah Asmak Husin Kredit foto (top image): Pexels
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source link