Remaja Bawa Tumbler RM 1800 Ke Sekolah, Pakai Kereta Porsche Dan Baru Bawa Keluarga Tunai Umrah. Tak Kisah Dikecam Sebab Guna Duit Hasil Perniagaan
Baru-baru ini, tular bila sebuah video yang memaparkan seorang remaja berusia 14 tahun mendedahkan memiliki bekas minuman jenama Starbucks dengan harga RM 1800 dan membawanya ke sekolah.
“Bawa tumbler RM2.50 ke sekolah, tidak. Bawa tumbler RM1800 ke sekolah, ya,” tulisya dalam video tersebut.
Video yang memaparkan gadis ini sedang berdiri di depan kereta Porsche dan minum air dari tumbler tersebut mengundang pelbagai reaksi dari para netizen.
Antara perdebatan adalah mengenai harga tumbler tersebut yang dikatakan hanya RM 400 sahaja bukannya RM 1800 seperti yang dikatakan oleh gadis yang berasal dari Kelantan ini.
[TRENDING] Meremang Bulu Roma Dengar! Nyanyian Adik MZ Sekali Lagi Tarik Perhatian
[EKSKLUSIF] Kalau Nak Jadi Perdana Menteri Kenalah…Nasihat ‘Deep’ Tun M Kepada Umar
Menjawab pada persoalan para netizen itu, Putri Mumtaz Sunnafis Luthfiya Mohd Mustaman atau lebih dikenali Piya berkata, tumbler Starbucks yang dibeli itu adalah dari personal Shopper sememangnya berharga RM 1800.
“Tumbler itu memang harga RM1800 sebab edisi 2021, tapi Piya baru beli tahunj 2023 dengan seorang personal shopper. Masa tu hanya ada lima sahaja tumbler sama yang dijual di Starbucks.”
Malah kata gadis yang juga merupakan pengasas kepada produk kecantikan ini, dia tidak kisah berbelanja barangan mahal kerana wang yang digunakan adalah hasil titik peluhnya sendiri.
“Piya beli sebab minat dan rasa nak sangat dengan tumbler tu, jadi beli sajalah walaupun penjual tu naikkan harga sampai rm1800. Selain warna merah ini, Piya adanjuga tumbler edisi lain, macam tahun 2022 warna ungu dan dibeli dengan harga RM500.”
Lagipun guna duit sendiri hasil perniagaan, tak pernah minta duit daripada mummy atau papa untuk beli.”
“Piya ada bagitahu parents, tapi mummy dan papa okey sahaja sebab dah biasa beli barang-barang mahal. Ini bukan kali pertama beli barang engan harga macam tu.”
“Dah lama Piya teringin nak pergi Mekah dan Alhamdullilah selepas ambil alih bisnes mummy, tak sangka pula pada umur 14 tahun dah boleh bawa keluarga tunai umrah bersama-sama.”
Katanya yang turut meluahkan rasa bangga apabila menggunakan wang hasil perniagaan untuk membawa keluarga menunaikan umrah bersama.
Bercakap mengenai video yang telah viral itu, Piya berkata tindakan netizen yang mencari salahnya tidak memberi impak malah membantu mengembangkan lagi perniagaannya.
“Piya tak bermaksud nak riak pun sebab hanya untuk konten sahaja. Tak sangka ramai netizen anggap benda itu serius. Saya nak ucap terima kasih kepada yang kecam sebab tanpa mereka, video Piya pun tak mungkin akan viral.”
[TIP KEWANGAN]
Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source link