Hartanah

Trip Ke Thailand Naik Kereta, Jelajah Selatan Thai Dari Gerik Sampai Danok. Bajet Semua RM1k Je, Berbaloi!

Trip Ke Thailand Naik Kereta, Jelajah Selatan Thai Dari Gerik Sampai Danok. Bajet Semua RM1k Je, Berbaloi!

rumahkabin black

Selatan Thailand yang terletak bersempadan dengan Malaysia sering menjadi tumpuan pelancong negara ini. Mempunyai banyak tarikan menarik selain boleh merentas ke negara jiran dengan kereta antara faktor ia menjadi pilihan ramai rakyat Malaysia. Malah kos yang diperlukan untuk bercuti ke Thailand juga cukup berpatutan.

Menjelajah ke Selatan Thailand dengan menaiki kereta sendiri memang best. Boleh singgah di mana sahaja tempat yang diingini dan lepak sampai puas. Aula Mastura dan keluarganya memulakan perjalanan mereka ke Selatan Thailand bermula dari Gerik sehingga Danok.

Trip Ke Thailand Naik Kereta, Jelajah Selatan Thai Dari Gerik Sampai Danok. Bajet Semua RM1k Je, Berbaloi! Trip Ke Thailand Naik Kereta, Jelajah Selatan Thai Dari Gerik Sampai Danok. Bajet Semua RM1k Je, Berbaloi!

Banyak tempat menarik yang mereka singgah sepanjang percutian bertiga dan paling best, bajet yang digunakan hanya RM1k sahaja. Nak tahu apa tempat menarik yang mereka singgah sepanjang perjalanan? Ikuti perkongsian wanita ini!

Trip Naik Kereta Ke Thailand, Bahagia Cara Sendiri

Jalan-jalan ke Thailand naik kereta Bahagia cara kami. Percutian bajet 1K sahaja, semua termasuk minyak, hotel, makan, dan masuk tempat berbayar. Pergi naik kereta puas nak pusing + murah je sebenarnya. Letak sini buat kenangan.

InsyaAllah next Krabi dan Phuket

Gerik – Betong – Yala – Pattani – Ban Bu Di – Hatyai – Dannok

Macam biasa benda wajib yg kita perlu bawa.

(Kalau x bawa mcm mana nk masuk)

(Jangan salah geran pulak) kena sama dgn no plat kereta, mana tahu dh byk sngat kereta sampai tersilap geran Ni wajib masa nak beli insuran nanti dan akan dpt kertas putih. Biasanya agent yg tlg isi kita cuma perlu bayar sahaja (RM 25) Masa nak beli insuran kereta wajib bagi geran dan juga passport pemandu/penumpang sekali.

– Jangan lupa isi minyak bagi penuh ye Dapat kita jimat, kalau isi dekat dlam mahal lah sikit kan.

*Minyak untuk 4H3M sampai balik Perak pergi dan balik (RM 280)

– Untuk insuran kereta Rm 25 (8 hari) ni paling singkat ~ Ada yg beli untuk sebulan atau setahun ikut la korang punya perancangan.

– Kalau jenis suka masuk Thailand korang beli je insuran setahun baru (Rm 100+) lagi jimat.

Tambahan penting bagi yang nak bawa kereta ke Thailand, lebih selamat untuk membeli property damage insurans (voluntry). Kita tak tahu apa yg akan terjadi.

Okey masa dekat imigresen Malaysia kita hanya perlu serahkan Passport untuk mendaptkan cop dan tidak perlu turun dari kereta. Lepas pegawai imigresen check dorang akan bagi balik dan boleh lah kita masuk ke Imigresen Thailand pulak.

Trip Ke Thailand Naik Kereta, Jelajah Selatan Thai Dari Gerik Sampai Danok. Bajet Semua RM1k Je, Berbaloi! Trip Ke Thailand Naik Kereta, Jelajah Selatan Thai Dari Gerik Sampai Danok. Bajet Semua RM1k Je, Berbaloi!

Masuk kita ke sempadan Thailand, tak perlu turun semua. Hanya pemandu untuk serahkn borang di kaunter pendafratan untuk kereta. Masa ni akan dapat borang masuk dan keluar kereta atas plat dan insuran yg kita bayar tadi. Di sana borang akan di isi oleh pegawai mereka, dan akan di cop bila kita masuk bahagian cop passport. Waktu nak cop passport baru semua turun dan beratur untuk pengesahan dan bagi borang tadi untuk masuk kenderaan ke Thailand. Haaaa benda paling penting JANGAN SELIT DUIT OKEY. Kalau dorang mintak baru bagi tau.

Yehhh! Apa lagi moh kita cari makanan. Kami tukar duit Baht bila dah masuk Thailand. Kami dari border Thailand ke Pattani. Dekat Betong kami tukar duit dulu.

Duit kita turun lagi Beli sim kad senang nak cari kedai-kedai makan yg best dkat Pattani. Kami beli sim 5G dalam 250 baht (sebulan), perjalanan kami dari Betong ke Pattani ambil masa dlam 2 jam lebih. Alhamdulillah tk byak kenderaan sangat jadi perjalanan kami sangat lancar. Macam biasa hotel kami memilih Park Intown.

Dalam perjalanan dari Betong kami tak lepaskan peluang untuk tgkap gambar di Tho Guchae Bridge

Masuk kawasan Yala, kita dapat lihat anak-anak Tahfiz dan juga Madrasah. Tempat wajib yg boleh kita lawati di Markaz Yala, Yala merupakan tempat berkumpulnya pendakwah . Di Markas Yala kanan2 perempuan wajib memakai jilbab bagi wanita dewasa wajib memakai purdah jika tidak dilarang memasuki kawasan tersebut. Wanita juga tidak dibenarkan untuk masuk di dalam masjid (tempat solat wanita diluar kawasan Markaz Yala ) dari Pattani ke Yala ambik masa 1 jam saja , jika ad kesempatan boleh dtg untuk tambah ilmu dan rasa pengalaman baru … senang kata boleh tgok cara mereka dekatkan diri dengan ilmu agama … bagaimana kuatnnya pegangan mereka dengan Islam .

Trip Ke Thailand Naik Kereta, Jelajah Selatan Thai Dari Gerik Sampai Danok. Bajet Semua RM1k Je, Berbaloi! Trip Ke Thailand Naik Kereta, Jelajah Selatan Thai Dari Gerik Sampai Danok. Bajet Semua RM1k Je, Berbaloi!

Hotel

โรงแรมปาร์ค อินทาวน์-Park Intown Hotel

(Rm 70)

Kami dari dulu mmg stay sini sbb dekat dgn tempat makan & kawasan yang cantik. Harga murah tempat yg selesa serta dalam pekan. Kalau jenis suka jalan kaki, banyak kedai yg dekat area hotel. Paling cantik tempat nak OOTD sbb kawasan besar, tempat tempahan majlis jadi byak kawasan yg cantik untuk tangkap gambar sebagai kenangan. Bila bawa kereta sendiri lebih terjamin bila kawasan park dijaga & dikawal. Tempat mkan pon ada di area Hotel jalan kaki je, cantik cafe dia. Muslim friendly jadi jangan risau pasal makanan yaaaa. Untuk yg nak add breakfast pon ada tapi kami tk ambil sbb suka pergi pasar pagi Pattani selepas subuh di Masjid Pattani

ติดต่อ Na Krua Halal Grill Beef Buffet

( 279.00 baht) Seorang

Dari hotel mmg dekat sangat jadi senang tak payah pergi jauh-jauh untuk makan. Kami suka dkat sini sebab byak pilihan dan agak murah dari tempat lain. Boleh makan sampai kenyang janji tidak membazir. Udang, ikan, siput, ayam, ketam dan macam2 yg boleh kita pilih. Nasi, laksa thai, sup semua ada dkat situ, hari-hari ramai orang. Jgn risau dorang akan top up barang2 jadi sentiasa penuh dgan makanan laut.

Eleven: Sebelum beli tu ad la tanya pekerja pasal status makanan yg dijual di situ. Pekerja pon ada cakap yg tanda Halal InsyaAllah tak perlu was2 terutamanya area Pattani kebanyakan barang mmg ada logo HALAL, kalau tak mmg susah nak laku dan kilang berlainan tempat.Thailand bukan senang nk dapat pengiktirafan halal, jadi bila ada logo halal InsyaAllah ( sebelum beli tgok dulu okey)

Contoh : CP produk (besar & global) Nak masuk 7E bukan mudah, bukan senang2 nak masuk dalam pasaran dan kilang bukan satu je untuk process product. Cuma kelemahan dekat sini kebanyakan 7E dorang campurkan bahagian Halal & Non-Halal. Syukur di Pattani mmg dia dah label setiap sudut Halal & tidak (tidak campur). Nak masuk pasaran 7E mesti ada inspection sebelum dorang luluskan sesuatu barang kan, bukan Thailand je sama juga dgan produk luar seperti Korea & Japan bila masuk pasaran di Malaysia.

Trip Ke Thailand Naik Kereta, Jelajah Selatan Thai Dari Gerik Sampai Danok. Bajet Semua RM1k Je, Berbaloi! Trip Ke Thailand Naik Kereta, Jelajah Selatan Thai Dari Gerik Sampai Danok. Bajet Semua RM1k Je, Berbaloi!

Masjid Besar Pattani

Masjid Jamek Pattani / Taj Mahal Thailand

Pusat penyatuan sebarkan syiar Islam di wilayah Thailand (selatan wilayah iaitu Pattani, Yala dan Narathiwat). Pattani yang mempunyai majoriti penduduk yang beragama Islam sbb tu seronok kalau nak jalan-jalan cari makan. Sini wajib dtg, cantik sangat Masjid dorang. Sangat besar dan selesa. Boleh tgkap gambar selepas solat, terdapat kolam di depan Masjid. Paling best byak kedai Muslim dekat kawasan masjid. Boleh beli secara borong di pasar pagi dekat dgan kawasan Masjid Besar Pattani.

Semua barang borong boleh beli disini dari makanan, barang basah, sayur, buah-buahan. Harga sangat murah ye, contohnya

  • Ketupat – 24 biji (40 baht)
  • Jeruk nenas – 5 bungkus (40 baht)
  • Teh Ais 2 bugkus – (50 baht)
  • Solok 3 – (20 baht)
  • Ayam percik – (50 baht)
  • Strawberry – (40 baht)
  • Etok – (20 baht)

57 สะบารัง, Sabarang, Mueang Pattani District, Pattani 94000, Thailand

Sarapan pagi wajib korang cuba Nasi Dagang Viral Pattani, kedai buka dari pukul 6 pagi. Dorang meniaga 2 jam sahaja lambat habis. Lepas solat subuh boleh terus beratur, kuih manis pon byak pilihan.

81 ถนน จะบังติกอ Chabangtiko, Mueang Pattani District, Pattani 94000, Thailand

Terang Taning

Tengah hari korang boleh cuba dkat kedai makan sebelah Terang Taning, mana nak makan Mee celup gajoh yg viral tu boleh la pergi dkat sini. Di sebabkan kami nak bertolak awal pagi ke tempat lain jadi kami x sempat rasa mee celup gajoh viral tu, kami beli makanan bungkus nasi berlauk di sebelah kedai Terang Taning.

Harga kami beli semua tu dalam (190 baht)

  • Ayam padkapaw
  • Ayam paprik
  • Belut
  • Lemak ikan
  • Kerabu
  • Sayur soun
  • Telur rebus asam
  • Ulam + sambal belacan
  • 2 bungkus limau bali
  • Nasi 3 bungkus

Trip Ke Thailand Naik Kereta, Jelajah Selatan Thai Dari Gerik Sampai Danok. Bajet Semua RM1k Je, Berbaloi! Trip Ke Thailand Naik Kereta, Jelajah Selatan Thai Dari Gerik Sampai Danok. Bajet Semua RM1k Je, Berbaloi! Trip Ke Thailand Naik Kereta, Jelajah Selatan Thai Dari Gerik Sampai Danok. Bajet Semua RM1k Je, Berbaloi!

Masjid Kresik

Pattani, Masjid Kresik Darah syuhada bersimbah di Masjid Kerisik Patani Darussalam

Masjid Kerisik terletak di Krue Se, Wilayah Pattani. Nama tempat ini dipanggil Kerisik dalam kalangan orang Melayu yang membawa makna pasir kasar.

Sudah 18 tahun berlalu peristiwa serbuan tentera Thailand tahun 2004 yang pasti kenangan pahit ini tidak akan hilang di hati rakyat Patani, mengorbankan sejumlah 108 nyawa anak muda dan orang tua yang tidak berdosa. Allahu

Soup Che Yoh (ซุปเนื้อเจ๊ะเยาะ)

Mana yg dtg Pattani tak mai kedai Sup Che Yoh rugi lah weeeee~ Masak mengunakan arang tanpa gas ye, rasa dia mmg surrrrr. Ada sup campur, daging, perut semua ada lah. Makan pulak waktu hujan2 mmg mantap sekali.

Waemad Roti (แวมะโรตี)

Ni pon wajib cuba roti canai Pattani, lembut je roti dia. Kedai sentiasa penuh, kena pulak waktu balik dari solat mmg jadi tumpuan org kampung. Area sini senang nak cari makanan Halal, InsyaAllah.

Amphoe Yaring

Hujung tanjung, dekat sini pantai dia sangat cantik. Kena pulak angin yg kuat dan tenang. Kawasan ni kalau nak makan nasi goreng ketam mmg popular. Penuh dgn isi ketam segar, boleh makan 2 orang.

Trip Ke Thailand Naik Kereta, Jelajah Selatan Thai Dari Gerik Sampai Danok. Bajet Semua RM1k Je, Berbaloi! Trip Ke Thailand Naik Kereta, Jelajah Selatan Thai Dari Gerik Sampai Danok. Bajet Semua RM1k Je, Berbaloi!

Ban Bu’Di (Kampung Budi Thailand)

Kampung Islam, seronok tgok suasa dkat sini. Mungkin ramai yg masih rasa tidak selamat untuk bercuti @ datang kawasan sini. Bila masuk kawasan Yala, Pattani & Narathiwat akan ada military roadblocks setiap 10km. Tapi jangan rasa takut atau rasa tidak selamat. Kita kena mengubah persepsi tentang 3 wilayah ini untuk bangunkan industri pelancongan dan membantu kawasan Islam. Percayalah kawasan ni lagi cantik, murah, unik untuk kita dtg.

Cantik sangat, tapi tak ramai org tahu. Bayangkan tempat cantik, murah tapi tak ramai pelancong. Sayang sangat, kalau dkat tempat lain chelet tepi pantai mcm ni mesti dah Rm 3++ atau lebih. Dekat sini bermula dari (800 Bath – 3000 Bath) sahaja. Cantik design chelet dorang, sangat unik sekali. InsyaAllah next kita akan berkampung di sini.

Chana

Dari Pattani nak ke Hatyai mesti lalu kawasan Chana, mana yg nak beli seafood fresh sini lah tempat dia. Mana yg nk makan oyster fresh, ikan, udang, ketam semua ada. Ikan bilis dekat sini pon murah sangat-sangat. Org meniaga mmg berbaloi beli borong dkat sini.

Buah bali beli dkat sini 3 biji Rm 10 / Sotong bakar 50 Baht / Ayam Bakar 10 Baht

Trip Ke Thailand Naik Kereta, Jelajah Selatan Thai Dari Gerik Sampai Danok. Bajet Semua RM1k Je, Berbaloi! Trip Ke Thailand Naik Kereta, Jelajah Selatan Thai Dari Gerik Sampai Danok. Bajet Semua RM1k Je, Berbaloi!

COCO ONE Beach Hotel & Restaurant

Samila beach songkhla

Angin kuat waktu kami sampai, tak panas. Syukur, dkat tepi pantai tu ramai orang berjualan souvenirs. Makanan pon byak dijual dkat kawasan pantai.

SeaVerse Cafe & Restaurant

Tempat wajib untuk yang suka OOTD

Masuk bayar Rm 3 sahaja.

Songkhla Central Mosque

(Masjid Viral)

Masjid Taj Mahal Thailand

Ambil yg baik sahaja, dengan seni binaan yg cantik dan besar.Masjid Songkhla ini juga telah menjadi simbol kewujudan masyarakat Muslim di Songkhla, dan dikatakan masjid yang terbesar di selatan Thailand. Masjid Songkhla yang terletak di Hat Yai, Thailand Selatan ini memang terkenal karana keindahan arsitekturnya yg menarik dan menjadi mercu tanda untuk org Malaysia dtg lawati.Namun, hanya untuk tujuaan perlancongan (tgkap gambar) dan juga tempat pernikahan ramai orang yang datang ke Thailand.

Sempat menunaikan solat di Masjid Songkhla, tidak ramai yg naik ke atas. Ada yg dtg hanya ikut syarat (tgkap gambar di depan pintu masuk di bawah). Keadaan Masjid yg cantik tetapi tidak dapat menarik penduduk kerana keadaan strukturnya yang besar dan tinggi.

Kredit: Aula Mastura

LIBUR REWARDS is cominggg!!

Nak menang penginapan 2 hari 1 malam di The Face Style? Jawab soalan mudah di Posting Facebook Libur (Libur Rewards). 3 pemenang bertuah akan memenangi Staycation 2 Hari 1 Malam di The Face Style, Kuala Lumpur. Good Luck!

Soalannya : Deep Blue terletak di tingkat berapa?

Syarat mudah nak menangTrip Ke Thailand Naik Kereta, Jelajah Selatan Thai Dari Gerik Sampai Danok. Bajet Semua RM1k Je, Berbaloi!
  • LIKE & FOLLOW FB Majalah Libur
  • Share video ni di wall korang (PUBLIC)
  • Taip jawapan korang di ruangan komen & tag tiga orang kawan!
  • 3 KOMEN terakhir dengan jawapan yang betul sebelum min KOMEN STOP akan menang! Komen je banyak-banyak dan alert dengan komen STOP daripada min pada bila-bila masa ok?

 

 

rumahkabin black
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin


Source link