Buat ‘Loan ASB’ Tidak Relevan Dulu & Sekarang, Ini Kata Pakar Kewangan Ini
Salah satu cara untuk meningkatkan jumlah kewangan ialah dengan melakukan pelaburan. Dan di antara medium pelaburan yang baik, selamat dan berisiko rendah adalah dengan melakukan pelaburan di Amanah Saham Bumiputra (ASB) yang ditunjangi oleh Permodalan Nasional Berhad.
Buat mereka yang rajin menabung dan menyimpan, ASB merupakan salah satu platform terbaik untuk melakukan pelaburan.
Selain menyimpan menggunakan wang sendiri terdapat juga jenis pinjaman atau pembiayaan yang ditawarkan oleh pelbagai bank di negara kita. Persoalannya, adakah pembiayaan ASB ini masih relevan untuk dilakukan?
Anda juga pastinya tahu bahawa jumlah dividen yang diperolehi sejak beberapa tahun kebelakangan ini agak rendah berbanding 10 atau 15 tahun dahulu.
TAK RELEVAN DULU & SERKARANG
Bagi menjawab persoalan ini, MASKULIN telah menemu bual seorang mentor wang dan pakar pelaburan yang cukup berpengaruh terutamanya di TikTok, Azizi Ali.
“Loan ASB sebenarnya tak relevan dahulu, tak relevan sekarang dan tak relevan esok. Saya kata begitu kerana di dalam pelaburan kita tidak disyorkan pinjam duit untuk melabur. Kecuali untuk hartanah. Itu kita boleh buat kerana nilainya akan sentiasa meningkat.
“Tapi untuk lain-lain pelaburan seperti saham, unit amanah, emas, krypto – semua ini kita tak digalakkkan pinjam duit untuk melabur,” jelasnya.
Beliau juga turut menasihati mereka yang ingin melabur perlu menggunakan wang sendiri bukannya dengan melakukan pinjaman.
“Nak melabur itu bagus tapi gunalah modal sendiri. Sebab itulah saya cakap buat loan ASB memang dari dulu memang tak relevan. Saya faham dulu kenapa orang buat loan ASB kerana dividennya bagus seperti 8 peratus. Itu macam berbaloilah,” tambahnya lagi.
“Tapi beberapa tahun kebelakangan ini dividen rendah berbanding dulu. Siapa yang sudah ambil tu, saya syorkan boleh terminate dan guna modal sendiri untuk melabur,” syornya kepada mereka yang ingin melabur.
Semoga perkongsian ini dapat membantu dan memberikan pencerahan terhadap isu-isu kewangan anda. Ikuti video di bawah untuk penjelasan lebih lanjut. Dan jangan lupa subscribe YouTube MASKULIN ya!
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source link