MICHELLE YEOH Lakar Sejarah Pelakon Wanita Asia Pertama Menang Anugerah Oscar!
Michelle Yeoh Lakar Sejarah Pelakon Wanita Asia Pertama Menang Anugerah Oscar! Bukan mudah untuk mendapat tempat dan mencipta nama di luar negara, namun tiada yang mustahil hasil usaha gigih dan kerja keras dalam meraih kejayaan.
Dinobatkan Pelakon Wanita Terbaik
Pelakon kelahiran Malaysia yang mencipta nama di Hollywood, Tan Sri Michelle Yeoh, 61, umpama sudah melengkapkan ‘portfolio’ karier seninya apabila dinobatkan Pelakon Wanita Terbaik, di Anugerah Academy atau Oscar bagi edisi Ke-95, di sini, sebentar tadi.
Acara penuh meriah disiarkan secara langsung dari Dolby Theatre, Los Angeles, Amerika Syarikat (AS) itu, secara tidak langsung melakar sejarah bermakna buat Yeoh yang menjadi pelakon wanita utama dari Asia memenangi anugerah berprestij itu.
Yeoh, 61, memenangi trofi idaman seluruh pengkarya seni di dunia menerusi lakonan hebatnya sebagai Evelyn Quan Wang dalam filem Everything Everywhere All At Once arahan Daniel Kwan dan Daniel Scheinert.
Dedikasi Kemenangan Buat Ibu
Ketika menerima trofi, Yeoh mendedikasikan kemenangannya buat ibu tercinta, Datin Janet Yeoh yang baginya memiliki semangat wanita kental dan cekal, terutama dalam memberikan sokongan padu kepadanya.
“Impian menjadi kenyataan. Ini adalah bukti bahawa impian besar dan impian itu akhirnya menjadi kenyataan.
“Untuk semua kanak-kanak lelaki dan perempuan yang menonton, ini adalah sinar harapan.
“Dan, untuk wanita jangan biarkan sesiapa memberitahu anda bahawa kamu sudah melepasi masa kejayaan. Wanita jangan pernah putus asa,” katanya dengan nada sebak.
Lebih membanggakan, pelakon kelahiran Ipoh, Perak itu menewaskan nama besar seperti Cate Blanchett yang tercalon menerusi filem TÁR, Ana de Armas (Blonde), Andrea Riseborough (To Leslie) dan Michelle Williams (The Fabelmans).
Filem Bawa Tuah
Terdahulu, menerusi watak dijayakan Yeoh dalam filem ditayangkan Mac tahun lalu itu turut membawa tuah kepadanya apabila memenangi anugerah berprestij lain iaitu trofi Pelakon Wanita Terbaik Muzikal/Komedi, Anugerah Golden Globe dan Pelakon Wanita Terbaik, Screen Actors Guild Awards (SAG)
Filem ‘box office’, Everything Everywhere All At Once menyaksikan Yeoh melakonkan watak isteri dan ibu yang mahu menyelamatkan dunia. Ia berikutan, watak beliau yang dipaparkan berketurunan Cina-Amerika terpaksa bergelut dengan masalah kehidupan.
Susulan itu, Yeoh menerima pencalonan dalam Oscar Ke-95 bagi kategori Pelakon Wanita Terbaik, sekali gus menjadi pelakon wanita Asia pertama yang mendapat pengiktirafan penganjur, The Academy of Motion Pictures Arts and Sciences untuk dicalonkan dalam kategori utama.
Terdahulu, detik bersejarah Yeoh itu turut diraikan ibunya, keluarga, saudara terdekat serta tetamu jemputan istimewa pada acara Tontonan Eksklusif Oscar 2023 – Kebanggaan Malaysia di Dadi Cinema, Pavilion Kuala Lumpur, di sini.
Mesti Baca:”Saya Bukan ‘Genius’, Perlu Bekerja Keras.” Pelajar Malaysia CGPA 4.0 Raih Tempat Pertama Di Virginia Tech
Baca Lagi Di Sini:Anak Orang Asli PERTAMA Cemerlang Di Universiti Terkemuka Dunia, Genggam Ijazah Kelas Pertama!
Artikel Menarik:Anak Malaysia Lepasan MRSM Ulul Albab, Jadi Jurutera Di Tesla AS
Mingguan Wanita: Jutaan tahniah diucapkan buat Tan Sri Michelle Yeoh di atas kejayaan ini. Semoga menjadi inspirasi buat penggiat seni yang lain agar terus berusaha dan kerja keras mengharumkan nama Malaysia di pentas dunia.
Sumber: Hmetro
Follow kami di Facebook , Website , Instagram, YouTube , Twitter , Telegram MW dan TikTok Mingguan Wanita untuk mendapatkan info, berita terkini serta artikel-artikel menarik.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source link