Kehebatan Jus Delima Untuk Kesihatan Terutamanya Sepanjang Berpuasa
Delima merupakan buah yang terkenal dengan kekayaan kandungan nutrisinya. Penampilannya dengan berwarna oren kekuningan, merah atau pun ungu ini mempunyai isi berwarna merah jambu dan mempunyai biji yang kecil.
Rasanya pula manis berjus. Jadi tak hairanlah ia sentiasa popular dijadikan sebagai jus minuman terutamanya di bulan Ramada.
Buah delima juga popular dalam bidang perubatan dan kecantikan kerana ia mempunyai kandungan yang sangat baik untuk badan. Perkara ini telah diamalkan sejak beribu tahun yang lalu!
KEHEBATAN DELIMA
- Mampu menurunkan kadar kolesterol dalam darah. Penelitian dijalankan American Journal of Clinical Nutrition, mendapati antioksidan dalam delima dapat mengurangkan oksidasi LDL (kolesterol jahat) pada tikus. Hal ini menurunkan kadar LDL dan meningkatkan HDL (kolesterol baik).
- Dapat mencegah dan mengubati barah. Buah delima memiliki khasiat mencegah dan mengubati pelbagai jenis barah.
- Ia merencatkan barah paru-paru dan prostat. Dalam penelitian terhadap 50 lelaki yang minum 205 gram jus delima setiap hari didapati melambatkan ukuran perkembangan barah prostat.
- Buah delima dikatakan mencegah dan melambatkan penyakit Alzheimer. Kajian dijalankan ke atas tikus yang diberi minum jus delima menunjukkan sel aktif meningkat.
- Kandungan gula dalam delima bertindak sebagai ‘penggosok’ untuk menyingkirkan sel kulit mati. Hasilnya kulit segar dan muda.
- Kulit buah delima boleh digunakan untuk menghilangkan jerawat. Kulitnya yang dijemur dikisar dan digunakan bersama sedikit air perahan limau nipis.
- Dapat menghilangkan kejang kaki yang biasa dihadapi wanita hamil.
- Bagi ibu mengandung, delima baik diambil kerana kandungan asid folik tinggi mencegah kecacatan tiub saraf yang menyebabkan kerosakan pada sumsum tulang belakang dan langit bibir sumbing pada bayi.
- Ketika membeli delima, pilih buah yang berat dan kulitnya bersih tanpa cela serta tidak merekah.
- Boleh dibeli banyak kerana ia tahan enam bulan dalam peti sejuk.
Jadi kalau tak ada idea apa jenis minuman untuk dijadikan minuman berbuka puasa, anda bolehlah pertimbangkan jus delima.
Semoga perkongsian ini memberikan manfaat untuk anda. Jangan lupa subscribe YouTube dan follow TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah ya!
@maskulinmyTip Kenal Pasti Scammer Dalam Dunia Pelaburan & Perniagaan♬ original sound – Maskulin
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source link