Elizabeth Tan Siap Sedia Buat Sidang Media Kalau Suami Curang
Selepas mendirikan rumah tangga dengan jejaka pilihan hati Siew Jim pada 2021, penyanyi dan pelakon Elizabeth Tan mengakui popularitinya jatuh mendadak.
Memetik mStar Online, menurut Elizabeth atau mesra disapa Lizzy berkata jumlah tanda suka (likes) diterima di media sosial juga tidak banyak berbanding sebelum dia berkahwin.
BACA: Elizabeth Tan Alami Masalah Keguguran Rambut Kritikal
“Saya lihat engagement di media sosial, dulu kalau satu post sahaja boleh dapat 100 ribu likes sekarang maksimum 20 ribu likes jadi nampak sangat turun. Tapi kita kena terima sahaja sebab takkan saya tak kahwin sampai bila-bila.
“Tapi mungkin semua ni takdir tuhan jadi saya percaya apa yang terjadi dalam hidup adalah sebab masa yang ditetapkan oleh tuhan,” katanya.
Dalam pada itu, Lizzy sempat bergurau bahwa dia akan membuat sidang media jika suaminya berlaku curang dan akan mendedahkan perkara itu kepada umum.
“Saya cakap kat dia kalau dia curang dengan saya, saya akan buat sidang media dan satu Malaysia akan tahu dia curang dengan saya serta saya akan dedah muka dia dengan perempuan tu. Reaksi dia cuma biasa sahaja, jadi harap-harap dia takkan buat perkara macam itulah,” katanya.
Terdahulu, Elizabeth Tan telah melangsungkan perkahwinan secara ringkas dengan Siew Jim di sebuah gereja di Gombak pada Mac 2021.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source