MPP UiTM tawar sesi dialog dengan Syed Saddiq
SHAH ALAM: Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Teknologi Mara (UiTM) menawarkan cadangan satu sesi pertemuan kepada Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman untuk mengadakan dialog bersama mahasiswa.
Sesi dialog tersebut akan diadakan berhubung isu pemansuhan Akta Universiti Kolej Universiti (AUKU) dan bayaran elaun kepada mahasiswa praktikal.
Menurut Syed Saddiq, beliau menyambut baik cadangan diberikan mereka selepas universiti itu tidak membenarkan sesi dialog dianjurkan oleh Pertubuhan Mahasiswa Demokratik dekat Dataran Cendekiawan di UiTM Shah Alam.
“Saya ingin ucapkan terima kasih kepada pihak MPP UiTM kerana turut bersama dan turut berkongsi pandangan pada malam ini dan mereka memberikan cadangan, iaitu akan memberikan tarikh baru untuk diskusi ini diadakan dengan menjemput beberapa panel lain,” katanya ketika ditemui di pintu utama UiTM Shah Alam, di sini, lewat malam tadi.
Terdahulu beliau bersama kumpulan penyokongnya berkumpul di hadapan pintu masuk utama UiTM selepas dihalang daripada memasuki kawasan kampus induk universiti itu bagi menganjurkan sesi dialog.
Justeru, Syed Saddiq yang juga bekas Menteri Belia dan Sukan meluahkan kekesalannya terhadap tindakan yang dibuat pihak universiti itu yang tidak membenarkan beliau berdialog pada malam ini di Dataran Cendikiawan.
Menurutnya, beliau mahu mendengar sendiri suara pelajar universiti berkenaan selain membincangkan beberapa isu yang berkaitan dengan mereka.
“Saya bertanyakan kepada polis bantuan UiTM mengapa tidak dibenarkan, namun mereka memaklumkan bahawa pihak pengurusan tertinggi UiTM benarkan saya masuk atas alasan ‘untuk menjaga keharmonian universiti’.
“Tidak masuk akal alasan ini kerana saya pernah berdialog di beberapa universiti lain tanpa sebarang halangan,” katanya dengan nada kesal.
Sementara itu, tinjauan Utusan Malaysia mendapati lebih 10 anggota pihak polis mengawal ketat pintu utama UiTM Shah Alam dan tidak membenarkan orang awam masuk ke dalam kawasan kampus tersebut. – UTUSAN
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source