Taufufa bazar Ramadan bertukar jadi ‘mozarella cheese’
PETALING JAYA – Setiap hari pasti ada sahaja perkongsian pembeli yang kecewa dengan kualiti makanan di bazar Ramadan temasuklah yang sudah basi, berkulat dan berbau.
Semalam, seorang pengguna berkongsi beberapa gambar serta video keadaan taufufa gula putih yang dibelinya menerusi kumpulan Facebook, B40 Buat Perangai Apa Harini.
Menurut pengguna itu, taufufa tersebut telah basi ketika dia mahu menjamahnya sewaktu berbuka puasa.
Dapat dilihat juga keadaan taufufa berkenaan sudah melekit serta berketul dan pengguna itu turut menyifatkan makanan tersebut seperti keju mozarela.
“Kalau tak habis jualan buang terus jangan jual bawa ke hari esoknya. Taufufa cheese mozarella ke?,” soalnya.
Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi diberikan orang ramai dan rata-ratanya mendesak pihak berkuasa menjalankan pemantauan kualiti makanan di bazar Ramadan setiap hari bagi mengawal penjualan juadah yang sudah basi serta rosak.
“Mana pihak berkuasa, minta pantau setiap hari, semak satu-satu gerai jualan makanan, semak bau dan tekstur makanan yang dijual. Setiap hari pembeli mengadu, kesian. Sudahlah makanan dijual mahal, bila tak habis disimpan banyak hari pula,” gesa Amirul.
“Alamak, teruk betuk rupa taufufa ini, betul jimat peniaga macam ini. Makanan berkacang memang cepat basi, memang tak elok nak simpan banyak hari,” tegur Aisyah. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source