Industri vape diminta daftar pengilangan sebelum 30 April
PUTRAJAYA – Pemain industri vape tempatan diberi tempoh sebulan bermula semalam hingga 30 April ini bagi mendaftar aktiviti pengilangan vape masing-masing kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM).
Kementerian Kewangan (MOF) menerusi kenyataan akhbar hari ini berkata, pendaftaran itu membabitkan pengilang tempatan yang mengeluarkan produk cecair atau gel mengandungi nikotin.
Menurutnya, pendaftaran awal dalam tempoh yang ditetapkan boleh mengelakkan pengilang dikenakan kompaun atas kesalahan lewat berdaftar.
“Pendaftaran awal ini akan memastikan pematuhan industri yang menyeluruh serta pengutipan cukai berjalan lancar menjelang bulan Mei 2023.
“Pendaftaran pelesenan di bawah Akta Eksais 1976 boleh dibuat secara dalam talian melalui Sistem MyExcise di pautan https://myexcise.customs.gov.my/myexcise/,” katanya.
Pada pembentangan Belanjawan 2023 pada 24 Februari lalu, kerajaan mengumumkan cadangan mengenakan duti eksais ke atas produk cecair atau gel mengandungi nikotin yang digunakan untuk rokok elektronik dan vape.
Langkah itu membolehkan kerajaan mencukai industri vape yang dianggarkan bernilai lebih RM2 bilion dan pada masa yang sama menyokong usaha untuk tidak menggalakkan penggunaan vape. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source