PDRM FC tambah tekanan buat Kuching City FC
KUCHING – Wakil Borneo, Kuching City FC harus segera tekan butang panik apabila alami kekalahan kelima berturut-turut dan kali ini tunduk 1-0 kepada PDRM FC di Stadium Negeri, sebentar tadi.
Walaupun mendapat sentuhan jurulatih berpengalaman, Irfan Bakti Abu Salim, Kuching City FC seakan mula hilang rentak selepas membuka tirai saingan Liga Super musim ini dengan cemerlang, tewaskan Kelantan 2-1 di gelanggang lawan.
Paling perit, Kuching City FC kini muncul pasukan kedua bolos paling banyak, melepaskan 14 gol sepanjang enam perlawanan awal dengan menyaksikan Selangor muncul pasukan paling berjaya apabila tewaskan The Cats 5-0, awal bulan lalu.
Pada perlawanan ini, kedua-dua pasukan seakan hilang idea untuk memperoleh gol pembukaan sepanjang babak pertama, memaksa 45 minit pertama berakhir dengan 0-0.
Bagaimanapun, The Cops terpaksa menanti sehingga minit ke-73 untuk menoktahkan tiga mata, memperoleh gol kemenangan menerusi bintang import dari Jepun, Bruno Suzuki.
Rabu ini, Kuching City FC berpeluang kembali ke landasan kemenangan apabila dijadualkan menerima kunjungan Kelantan United di gelanggang sendiri manakala PDRM FC akan menentang Sri Pahang di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source