Dah Mula Mengah, Emma Maembong Dijangka Bersalin Pertengahan Bulan Ini
Pelakon Emma Maembong memaklumkan doktor menasihatinya supaya bersedia untuk melahirkan cahaya mata kedua yang dijangka antara tiga hingga empat minggu lebih awal.
Memetik BH Online, Emma berkata ia berdasarkan pengalaman ketika melahirkan anak sulung, Shariq Gabrie dua tahun lalu.
BACA: Buat Kejutan Untuk Suami, Emma Maembong Hamil Anak Kedua
“Doktor maklumkan sepatutnya tarikh kelahiran pada 6 Mei depan, tetapi mengikut pengalaman pertama, anak akan lahir antara tiga hingga empat minggu awal daripada tarikh diberikan.
“Jadi, doktor memaklumkan untuk saya bersedia pada 15 hingga 19 April ini. Kalau ikutkan sekarang saya sudah mula rasa mengah. Kali terakhir buat pemeriksaan doktor mendapati bayi sudah berada di posisi betul dan saya perlu bersedia,” katanya.
Sementara itu, Emma berkata alahan dialami kali ini lebih teruk berbanding kehamilan pertama namun meluahkan rasa syukur dapat menjalani ibadah puasa.
“Jika mahu dibandingkan, alahan mengandung anak kedua ini lebih teruk. Tetapi, saya tetap bersyukur apabila dapat puasa penuh.
“Kalau mengandung anak pertama dahulu tak boleh puasa langsung, tetapi alahan biasa sahaja. Untuk kali ini situasinya terbalik pula. Kadang-kadang kalau makan saya akan muntah semula dan perkara ini berlaku sampai sekarang,” katanya.
Untukr ekod, Emma mendirikan rumah tangga bersama Muhammad Shazli yang juga juruterbang pada 20 Februari 2020.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source