“Saya Tak Pernah Abai Nafkah Anak, Siap Bayar Lebih”
Penyanyi Sam Bunkface tampil menjelaskan situasi sebenar yang berlaku melibatkan hak penjagaan anak antara dirinya dengan bekas isteri, Aida Azira Husin.
Menerusi satu video dikongsikan, Sam berkata dia tidak pernah gagal melunaskan bayaran nafkah terhadap anaknya, Maleeq meskipun pendapatannya terjejas ketika pandemik.
BACA: Sam Bunkface Selamat Nikah Kali Kedua
“Saya tak pernah langsung mengabaikan nafkah anak saya sebulan pun. Saya siap bayar lebih. Maleeq dijaga secara bersama iaitu saya dua minggu manakala selebihnya bersama bekas isteri. Dia (bekas isteri) minta saya bayar RM1,300 untuk dua minggu… logik tak saya minta pindaan ini?
“Semasa musim PKP pendapatan saya terhad dan perniagaan saya juga terjejas tapi saya mash laksanakan tanggungjawab dengan baik,” katanya.
Sam membuat penjelasan itu susulan tidak berpuas hati dengan kenyataan bekas isterinya kepada media selepas tidak bersetuju dengan permohonan pindaan nafkah yang dibuat.
Dalam kenyataan itu, Aida meminta Sam membuktikan sekiranya tidak mempunyai pendapatan secukupnya serta kurang tawaran persembahan.
Menurut Sam lagi, semua bukti ketidakmampuan dirinya memenuhi tuntutan nafkah yang terlalu tinggi sudah diserahkan kepada pihak mahkamah.
Dalam pada itu, Sam turut menafikan tuduhan bekas isterinya mendakwa kali terakhir dia berjumpa Maleeq adalah lima hingga enam bulan lepas.
Sebaliknya, Sam mendakwa bekas isterinya itu dilihat sengaja menyukarkan proses pertemuan dia dan Maleeq memandangkan kanak-kanak itu kini dibawah jagaan neneknya di Melaka.
“Kali terakhir saya jumpa Maleeq tiga bulan lepas dan memang ada halangan. Aida letak Maleeq di Melaka tapa pengetahuan saya.
“Sebulan lebih saya tanya tapi dia suruh saya bercakap dengan peguamnya. Anak saya duduk di Melaka dan saya terpaksa berurusan dengan neneknya,” katanya.
Sam dan Aida berkahwin pada 25 April 2015 namun bercerai pada Januari 2019. Mereka dikurniakan seorang cahaya mata Maleeq kini berusia enam tahun
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source