(VIDEO) “Saya Rasa Terhina..” – Diana Dakwa Aurora Trauma Insiden ‘Petik Cili’, Farid Kamil Nasihat Tak Perlu Perbesar Isu Kecil
Memetik Harian Metro, pelakon Farid Kamil meluahkan rasa terhina kerana diperlakukan seperti sekarang oleh Diana Danielle kerana merasakan dirinya tidak pernah melakukan perkara curang dan tidak berdosa besar.
Dia juga meminta Diana agar tidak memperbesarkan isu seperti ‘petik cili’ di mahkamah kerana ia akan memakan masa yang lama dan wang yang banyak.
Kita bukan orang senang. Mengapalah benda kecil (petik cili) nak diperbesarkan tanpa sebab munasabah. Cukuplah kesengsaraan yang saya alami dari 2017 itu.
Ditemui rancangan Melodi, Farid menjelaskan insiden petik cili itu hanya kerana anak mereka, Aurora masuk ke rumah jiran dan memetik pokok cili dan hukuman berdiri di dinding itu dianggap sebagai keterlaluan oleh Diana.
Apa yang berlaku, Aurora masuk ke rumah jiran dan petik pokok cili. Saya suruh kawan dia balik dan denda Aurora. Saya kata Aurora nak kena rotak ke atau berdiri di dinding untuk denda.
Jadi, dia pilih untuk pergi ke dinding. Sedang dia jalani denda itu, Diana sampai dan dia tak puas hati dengan apa yang saya buat pada Aurora.
Maklum Farid, sudah sebulan nombor telefon dan media sosialnya disekat daripada berhubung dengan anak-anak namun bersyukur kerana diberikan kebenaran untuk berjumpa dengan anak sulung, Muhammad.
Terdahulu, Diana Danielle telah memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari pada 10 Mac lalu atas alasan shiqaq selain sudah tidak boleh hidup sebagai suami isteri.
Walaubagaimanapun, Farid enggan melafazkan cerai terhadap Diana dan telah menjalani proses Jawatankuasa Pendamai (JKP) pada 28 Mac lalu.
Farid Dan Diana dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Muhammad dan Aurora setelah mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 yang lalu.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source