Anak Hidayah Disihir Sejak Bayi, Tak Kuat Pegang Sudu Sebab Saraf Rosak
Sebelum ini, balu Allahyarham Abam Bocey iaitu Siti Norhidayah meminta bantuan orang ramai untuk berkongsi pengamal perubatan Islam untuk membantunya kerana mendakwa terkena sihir.
Hidayah memaklumkan dia dan anak tunggalnya, Syed Uthman Hamzah mengalami gangguan ‘sihir’ itu sejak arwah suaminya meninggal dunia.
BACA: Hidayah Dakwa Disihir Sejak Arwah Abam Meninggal Dunia
Terbaru, menerusi satu perkongsian di Facebook, abang kepada Hidayah iaitu Mohd Azmier Zmier keadaan anak saudaranya yang tidak kuat untuk memegang sudu disebabkan menjadi mangsa sihir sejak bayi lagi.
“Mana ayahjang (Azmier) tak sedih tengok keadaan ucuk (Hamzah), biasa tangan sihat, sekarang nak makan pun pegang sudu terjatuh.. Hilang selera ayahjang tengok keadaan ucuk kesayangan ayahjang. Sanggup kau buat anak ayah,”luahnya.
Menurut Azmier lagi, anak saudaranya itu menderita sejak arwah Abam Bocey meninggal ketika Hamzah masih bayi lagi.
Malah, Azmier berkata Hamzah turut diganggu setiap malam sehingga sukar tidur lena serta menangi teresak-esak. Dakwa Azmier lagi, individu itu masih menghantar sihir sehingga Hamzah keluar masuk hospital.
“Banyak penderitaan kau buat pada ucuk aku sejak ayah dia meninggal dari dia baby. Kau sihir, ganggu dia setiap malam sampai dia tak lena tidur, menangis-nangis sampai tidur dia tak normal, kau sihirkan, sampai dah besar, sikit pun kau masih sanggup lagi hantar sampai Hamzah asyik keluar masuk hospital,”tulisnya.
Dalam pada itu, Amier berkata dia tidak pernah memuat naik perkembangan mengenai Hamzah kerana bimbang individu tidak bertanggungjawab itu menyakiti anak saudaranya.
Tambahnya lagi, angkara sihir tersebut juga anak saudaranya terpaksa menanggung derita sehingga merosakkan sistem urat saraf Hamzah.
“Aku tak pernah nak update pasal ucuk aku sebab aku takut kau akan hantar lagi jahat untuk sakitkan dia lagi, sampai doktor sendiri tak dapat tahu apa masalah sakit Hamzah.
“Apa ucuk aku buat pasal kau! Apa dosa dia pada kau! Sanggup buat dia macam ni, aku dah tak sanggup tengok keadaan ucuk aku, kau asyik hantar sihir. Budak ni sihat sahaja, kau hantar lagi sihir dan hantar sihir sampai rosakkan sistem urat saraf dalaman ucuk aku,” katanya.
Sementara itu, Azmier berkata dia akan berusaha berikhtiar agar Hamzah kembali sihat dan pulih dari perbuatan syirik serta sihat seperti biasa.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source