Aaron Aziz Suruh Syamsul Yusof Minta Maaf Pada Orang Tuanya
Umum mengetahui, isu antara pelakon Datuk Aaron Aziz dengan pengarah sensasi, Syamsul Yusof masih lagi berlarutan hingga ke hari ini.
Memetik BH Online, Aaron berkata kemelut antara dirinya dengan Syamsul dapat diselesaikan selepas dia memohon maaf kepada kedua orang tuanya iaitu Datuk Yusof Haslam dan Datin Patimah Ismail.
BACA: Aaron Aziz Beri Amaran, Minta Sharnaaz Jangan Masuk Campur Isu Dengan Syamsul
“Tak ada sebarang konfrontasi. Saya cakap kepada umum suruh dia minta maaf pada kedua orang tuanya,” katanya.
Dalam pada itu, Aaron turut mengulas mengenai kenyataan Sharnaaz Ahmad yang mendakwa mereka pelakon profesional dan tidak akan menarik diri dari membintangi filem The Original Gangster (TOG) hanya disebabkan konflik yang berlaku.
“Beritahu dia (Sharnaaz), tak perlu masuk campur. Kepada pelakon atau sesiapa sahaja yang tidak terbabit dengan produksi, jangan masuk campur,”katanya.
Sementara itu, Aaron tidak mahu memberikan sebarang kenyataan selepas diminta oleh isterinya, Datin Diyana Halik supaya tidak berbuat demikian.
“Isteri saya minta supaya saya tidak beri sebarang kenyataan lagi. Mungkin isteri saya tahu perangai saya,” katanya.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source