“Kalau Benci Sangat Saya & Sikap Saya Yang Teruk, Lepaskan Saya”
Isteri kepada pelakon Afiq Muiz iaitu Pachara Apin mendesak suaminya itu segera menceraikannya memandangkan pelakon itu dengan jelas memburukkan dirinya di media dengan pelbagai fitnah.
Memetik Harian Metro, Pachara atau Nur Aira Mahdeya berkata Afiq bukan saja mengaibkan dirinya malah turut menderanya secara fizikal selama tiga tahun.
BACA: Pachara Dedah Terpaksa Keluar Bekerja, Afiq Muiz Hanya Main Game Di Rumah
“Dah terang-terang dia mengata saya, isteri dia. Macam saya teruk sangat. Jadi, apa lagi? Awak terang-terang bercakap benda buruk mengenai saya dan aibkan saya di media.
“Kalau benci sangat kepada saya dan sikap saya yang teruk, lepaskan saya. Cari isteri yang sesuai dan dapat tahan dengan awak. Bukan sahaja aibkan, tapi, dia mendera saya secara fizikal selama tiga tahun. Jadi, apa lagi awak nak?
Dari A hingga Z, dia banyak fitnah saya. Saya cuba sedaya upaya untuk tutup mulut. Biar mahkamah yang nampak sendiri bukti dan siapa yang curang,” katanya.
Dalam pada itu, mengulas mengenai kes tuntutan fasakh yang ditangguh pada 15 Jun depan, Pachara mendakwa Afiq sengaja melengahkan masa.
“Prosiding ini sepatutnya berjalan lebih lancar, tapi, sebab defendan (Afiq) hadir, saya rasa, dia nak lambatkan proses. Peguam saya pun maklumkan, ada bukti mesej yang sudah dihantar.
“Tapi, dia tak mahu berikan kerjasama. Bahkan, sewaktu peguam nak hantar surat pun, dia suruh cari alamat sendiri. Selepas cari beberapa alamat, dia hantar pula alamat taska. Dia seperti mempermainkan staf peguam saya dan itu tak patut,” katanya.
Difahamkan, prosiding keterangan saksi yang berlangsung hari ini ditunda selepas Afiq selaku defendan, hadir dan mengaku tidak menerima surat tuntutan cerai dari pihak peguam Pachara, sebaliknya mendapat tahu melalui media.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source