UPM terima RM235,000 dividen 2022
PETALING JAYA: Universiti Putra Malaysia (UPM) menerima dividen berjumlah RM235,000 untuk tahun 2022 yang telah dibayar oleh anak syarikat miliknya, UPM Holdings Sdn. Bhd. (UPMH).
Naib Canselornya, Prof. Datuk Dr. Mohd. Roslan Sulaiman berkata, ini menjadikan jumlah dividen terkumpul yang telah dibayar oleh syarikat tersebut sejak ditubuhkan sebanyak RM11.7 juta.
“Ia merupakan satu kemajuan pada tahun 2022 setelah bergelut selama beberapa tahun. Kini, inisiatif perniagaan yang dilaksana mula memberi pendapatan dan keuntungan.
“UPM akan menyokong segala bentuk pengurusan yang cekap dan berkesan daripada kumpulan pengurusan kanan UPM Holdings, ini boleh menambah sumber kewangan untuk Universiti,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata demikian semasa serahan dividen itu kepada Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan UPM Holdings, Azrul Reza Aziz di pejabatnya hari ini.
Sementara itu, Azrul Reza berharap prestasi anak syarikat itu akan terus meningkat sekaligus membanggakan universiti berkenaan.
“UPMH pada masa akan datang akan meneroka dan memfokuskan dalam usaha Environmental, Social and Governance (ESG), penanaman semula hutan, pengkreditan karbon dan juga pembekalan anak pokok hutan yang mana UPM sememangnya mempunyai pakar yang terbaik di dalam negara bagi usaha tersebut.
“Inisiatif ini dapat menambah pendapatan sebanyak RM10 juta sehingga RM20 juta dengan menggunakan kepakaran yang dimiliki UPM dalam bidang perhutanan.
“Usaha untuk meneroka perniagaan klinik veterinar yang menggunakan kepakaran hospital veterinar di UPM juga akan meningkatkan pendapatan pada masa hadapan,” katanya.
Turut hadir, Pengerusi Lembaga Pengarah UPM, Prof. Emeritus Datuk Dr. Ibrahim Komoo dan Pengerusi UPM Holdings, Datuk Azman Mahmud. –utusan
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source