Azhar Sulaiman Seronok Duduk Rumah Satu Pagar Adik-Beradik, Bergilir Bukak Puasa
Setiap kali bulan Ramadan, suasana paling meriah apabila berkumpul berbuka puasa bersama keluarga sekaligus dapat mengeratkan lagi hubungan kekeluargraan.
Baru-baru ini, pelakon Azhar Sulaiman ada berkongsikan video di Instagram menceritakan seronoknya apabila mempunyai adik-beradik yang tinggal berdekatan.
BACA: Azhar Sulaiman Pening Leona Balik Malaysia Sebab Rindu Nak Pergi Bazar
Menerusi video itu, Azhar berkata apabila ada adik-beradik tinggal berkedakatan mudah untuk berkumpul dan membuat aktiviti bersama-sama.
Malah, Azhar berkata apa yang seronoknya tak perlu naik kereta untuk ke rumah adik-beradik apabila dia hanya berjalan kaki sahaja memandangkan kesemua mereka tinggal di dalam satu kawasan sahaja.
“Actually kebanyakkan penduduk Kg Sg Penchala…..Parents dan anak anak cucu segala tinggal bersebelahan rumah atau berdekatan sahaja. Kami Hidup Ala Kampung….” tulisnya.
Perkongsian Azhar itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang mengakui seronok jika dapat tinggal dalam satu kawasan bersama adik-beradik.
Tidak kurang juga, rata-rata netizen mengagumi dengan seni bina rumah Azhar Sulaiman yang begitu gah serta cantik.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source