Petronas teruskan projek cari gali di Laut China Selatan – PM
KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan dakwaan pihak pembangkang menuduh kerajaan ketika ini sedang berunding bersama negara China berhubung isu pertikaian kawasan cari gali minyak di Laut China Selatan.
Anwar berkata, tuduhan yang dilontarkan itu adalah berniat jahat dan ia adalah tidak benar sama sekali.
Katanya, lawatan ke China baru-baru ini, Malaysia kekal menyatakan prinsip untuk terus menjalin hubungan baik bersama negara tersebut.
“Tak betul, saya pergi ke negara China dan di depan presidennya (Xin Jinping). Saya nak berkawan, mereka kuasai ekonomi tetapi saya kata kita jaga prinsip kita…Petronas dapat cari gali besar-besaran di kawasan Laut China Selatan dan saya bagi kelulusan, arah untuk teruskan.
“Kebetulan China juga tutup kawasan tengah laut itu, mereka kata itu kawasannya. Saya jawab pada pimpinan China, kami terpaksa teruskan projek itu kerana kawasan tersebut adalah kawasan kami.
“Lautan di bawah bidang kuasa Malaysia, kami teruskan tetapi dia (China) kata dia tutup, Tak apalah, kami teruskan (cari gali). Tapi ini dipusingkan yang saya runding seolah projek tak jalan,” katanya.
Beliau berkata demikian berucap pada Program Nur Ramadan Wilayah Persekutuan di Masjid Ar-Rahah, Kampung Kerinchi di sini, malam ini.
Terdahulu, bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Khamis lalu, mendakwa Anwar mengeluarkan kenyataan bahawa kerajaan akan berbincang dengan kerajaan China berhubung projek cari gali, di kawasan yang dikatakan berdepan pertindihan tuntutan antara kedua-dua negara. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source