Puteri Sarah, Syamsul Sempat Berbuka Puasa Bersama
Selepas lebih empat tahun rumah tangga mereka bermasalah, Puteri Sarah dan Syamsul Yusof akhirnya mencapai kata sepakat untuk berpisah serta membawa haluan mereka masing-masing.
Memetik mStar Online, Puteri Sarah meluahkan rasa syukur mereka berbincang secara baik dan sempat berbuka puasa bersama semalam.
BACA: Syamsul Yusof, Puteri Sarah Setuju Cerai 18 April Ini
“Alhamdulillah keberkatan Ramadan. Semuanya dipermudahkan. Kami dah berbincang dan mencapai kata sepakat malah Syamsul setuju dengan semua terma yang saya mahukan.
“Saya rasa lebih tenang dan boleh fikir meneruskan kehidupan. Selama ini pun saya mahu kes kami selesai,” katanya.
Dalam pada itu, Puteri Sarah berkata dia tidak menyangka hatinya terbuka untuk bertemu dengan suaminya. Ujarnya lagi lagi, Syamsul juga akan menarik semula kes nusyuz yang difailkan.
Kata Puteri Sarah lagi, dia dan Syamsul tidak akan bermusuhan selepas berpisah akan akan terus mengekalkan hubungan baik demi anak-anak.
“Saya pun tak tahu apa yang membuka hati untuk berjumpa Syamsul semalam. Bagi saya mungkin dengan berjumpa kami boleh selesaikan semua masalah termasuk hal berkaitan penjagaan anak dah nafkah.
“Syamsul akan tarik semula kes nusyuz. Hal berkaitan hak penjagaan anak pula akan direkodkan dalam sebutan pada 18 April nanti.
“Kami (akan) berpisah dengan tenang dan tiada permusuhan. Kami kekal sebagai kawan demi anak-anak. Jumpa Syamsul semalam pun kami tidak bergaduh,” katanya.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source