Ubai Nafi Bersekedudukan Dengan Shila Amzah
Sering melakukan siaran langsung bersama, Shila Amzah dan kekasihnya, influencer, Ubai sering diajukan soalan adakah bersekedudukan disebabkan sering berada di rumah penyanyi itu.
Memetik BH Online, Ubai menafikan bersekedudukan dengan Shila. Menurutnya, dia datang ke rumah Shila bersama rakan-rakannya untuk berbuka atau moreh bersama.
BACA: Netizen Terkejut Shila Amzah & Ubai Berpegangan Tangan Di Genting Highlands
“Boleh dikatakan setiap kali ‘live’ kami sering diajukan tinggal serumah. Sha tinggal bersendirian, cuma saya ada masanya mengajak teman-teman berbuka puasa atau moreh di rumahnya.
“Dakwaan kami tinggal serumah tidak masuk akal. Lagipun, ibu kurang sihat, jadi fokus saya menjaga ibu. Jujurnya, kami sudah lali diajukan persoalan sama, tetapi kebanyakan daripada akaun palsu,” katanya.
Dalam pada itu, Ubai mengakui hubungannya dengan ibu kepada seorang cahaya mata itu semakin serius dan memohon semua pihak mendoakan yang baik-baik.
“Insya-Allah, hubungan saya dengan Sha serius. Doa sahaja yang baik-baik,” katanya.
Baru-baru ini, tular perkongsian Shila Amzah yang memuat naik video berada di kedai barangan kemas untuk mengambil cincin lamaran yang dibeli Ubai.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source