“Melompat Happy Lah Si Anak Kazar Tu..” – Syamsul & Puteri Sarah Bakal Cerai, Nama Ira Kazar Pula Dipetik
Setelah beberapa bulan konflik rumah tangga menjadi perhatian umum, akhirnya Puteri Sarah dan Syamsul Yusof dapat mencapai kata sepakat untuk berpisah secara baik pada 18 April nanti.
Melalui video yang dimuat naik oleh pihak Utusan di laman TikTok, Syamsul luahkan rasa syukur semua berakhir dengan baik dan enggan memberi keterangan berlebihan.
Biarpun mendiamkan diri sejak konflik rumah tangga ini berlaku, isteri kedua iaitu Ira Kazar tidak akan terlepas daripada menjadi sasaran kecaman netizen kerana ramai merasakan wanita itu punca keretakan rumah tangga pasangan selebriti ini berlaku.
Setelah berita Syamsul bakal menceraikan Sarah tidak lama lagi tersebar, netizen mendakwa Ira pasti sedang berseronok kerana berjaya memiliki pengarah tersebut sendiri.
Dalam pada masa yang sama, netizen mendesak agar anak pelakon veteran, Kazar itu memohon maaf kepada Sarah serta keluarga Syamsul setelah segala yang dilakukannya selama ini.
Sekadar info, pada 6 Januari lalu, Syamsul membuat pegumuman mengejut iaitu dirinya sudah pun berkahwin untuk kali kedua bersama Ira Kazar di Thailand.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source