“Aku Rasa Bibir Aku Dah Keras Senyum Haritu” – Dilabel Sombong & ‘Kekwat’, Nad Zainal Akui Silap
Sebelum ini, tular di laman TikTok video memaparkan pelakon, Nad Zainal dan suaminya, Ungku Ismail ketika berada di sebuah ekspo raya di Putrajaya.
Namun, apa yang menjadi perhatian orang ramai ialah reaksi yang diberikan oleh Nad sewaktu disapa oleh peminat yang turut berada di sana.
Susulan itu, rata-rata netizen telah melabel pelakon Cina Buta itu dan suaminya sebagai pasangan selebriti yang sombong dan ‘kekwat’.
Tampil memberi penjelasan, Nad atau nama sebenarnya Farah Nadia binti Zainal Abidin berkata dia sudah lali dengan dakwaan itu dan menafikan dia dan suami sombong.
Hal sombong-sombong ni saya dah tak nak fikir sebab masa dekat event tu mood saya sangat happy, tak ada masalah.
Bagaimanapun, pelakon berusia 32 tahun itu mengakui mungkin kontroversi tersebut tercetus atas kesilapannya sendiri kerana tidak memberikan layanan sama rata kepada semua peminat yang hadir.
Kadang-kadang mungkin muka saya ketat ke apa jadi orang salah faham. Mungkin dalam sedar tak sedar, saya tak bagi layanan sama rata dekat semua orang.
Aku rasa bibir aku dah keras senyum haritu. Yang saya tahu saya jumpa orang selfie, saya happy je. Saya dah penat.
Dalam pada itu, Nad lebih memilih tidak menghiraukan dakwaan tersebut dan memberi tumpuan sepenuhnya kehadapan.
Tapi tak apa, kita lupakan. Move forward.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source