“Mungkin Silap Saya Juga Nampak Muka Saya Ketat”
Sebelum ini, tular di laman TikTok video memaparkan pelakon, Nad Zainal dan suaminya, Ungku Ismail ketika berada di sebuah festival raya di Putrajaya.
Apa yang menjadi perhatian, reaksi yang diberikan oleh Nad sewaktu disapa oleh peminat yang turut berada di sana. Susulan itu ada yang mendakwa selebriti itu sombong dan kekwat.
BACA: Peminat Tuduh Nad Zainal Sombong, Lambaian & Senyuman Tak Dilayan
Memetik Kosmo, tampil memberi penjelasan mengenai video tular itu mungkin ada yang menganggap dirinya sombong a berkemungkinan berpunca daripada khilafnya sendiri.
Kata Nad lagi, pihak berkenaan mungkin tidak berpuasa hati kerana dia tidak sempat memberikan layanan secara adil meskipun dia sudah cuba melayani semua peminat.
“Hal sombong-sombong ini saya dah tak mahu fikir lagi. Untuk diri saya sendiri, saya rasa mungkin ada orang yang tak menerima layanan sama rata macam orang lain.
“Sebab masa dalam acara itu mood saya sangat gembira, tiada masalah. Ada saja yang kata saya okey, ada yang kata tidak. Jadi pada saya semua orang mempunyai penerimaan berbeza,” katanya,
Menurutnya lagi, mungkin salah faham itu timbul disebabkan mukanya nampak sedikit ketat atau tidak memberi layanan sama rata.
“Kadang-kadang mungkin silap saya juga nampak muka saya ketat ke apa, jadi buat orang salah faham. Mungkin juga dalam sedar tak sedar saya tidak memberikan layanan sama rata kepada semua orang,” katanya.
Dalam pada itu, Nad berkata dia enggan memikirkan mengenai kutukan orang ramai mengenai dirinya serta mahu meneruskan kehidupan seperti biasa.
“Ya, Allah janganlah bagi orang kata aku sombong lagi. Aku rasa bibir aku dah keras senyum hari itu. Tapi tak mengapa, kita lupakan. ‘Move forward’. Apa yang saya tahu saya jumpa orang (saya) selfie, saya gembira. Saya sudah penat,” katanya.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source