Perdana Menteri bangga usaha anak tempatan berniaga
KUALA LUMPUR – Dalam kesibukan tugas, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sempat meluangkan masa lebih satu jam di StarVendors Mega Raya Fest 2023, di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), sebentar tadi.
Perdana Menteri hadir ke program jualan besar besaran sempena Aidilfitri itu selepas selesai lawatan kerja ke Terengganu.
Ketibaannya disambut Ketua Pegawai Eksekutif StarVendors, Ifa Raziah.
Dalam siri lawatan itu, Anwar sempat meluangkan masa beramah mesra dengan para peniaga serta pengunjung sebelum merasmikan festival tersebut.
“Ia merupakan perkembangan baik untuk negara dalam membantu vendor dan artis tempatan.
“Terima kasih, saya bangga dengan anak-anak tempatan yang cukup bersemangat dan berdisiplin hebat,” katanya.
Kira-kira 100 artis tempatan tanah air turut memeriahkan festival beli-belah terbesar tanah air itu dengan lebih 600 tapak pameran terdiri daripada vendor makanan, pakaian, kosmetik dan pelbagai lagi disediakan.
Festival lima hari dan akan berakhir pada 17 April ini, berlangsung selama 100 jam tanpa henti sekali gus mencatat sejarah dalam Malaysia Book of Records (MBOR). – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source