Segamat, Kota Bharu dan Cheras catat IPU tidak sihat
PETALING JAYA: Tiga kawasan di tiga negeri mencatat tahap udara tidak sihat semalam dengan Segamat di Johor merekodkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tertinggi dengan bacaan 152.
Dua kawasan lain iaitu Kota Bharu, Kelantan mencatatkan IPU pada 111, juga pada kategori tidak sihat diikuti Cheras, Kuala Lumpur yang mencatatkan IPU pada 106.
Kebanyakan kawasan lain walaupun berada di dalam IPU Sederhana tetapi semakin menghampiri IPU Tidak Sihat.
Antara kawasan yang berisiko tinggi mencatatkan peningkatan IPU ialah Tanah Merah yang kini mencatatkan IPU 100, Seberang Jaya (96), Nilai (96), Kuala Terengganu (95) dan Putrajaya (93).
Mengikut bacaan IPU, 0-50 dikategorikan sebagai baik, sederhana (51-100), tidak sihat (101-200), sangat tidak sihat (201-300), berbahaya (301-400), sangat bahaya (401-500) dan kecemasan (lebih 501).
Kelmarin, Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (KeTSA), Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, fenomena jerebu di negara ini dijangka lebih serius pada tahun ini berbanding dalam tempoh tiga tahun lalu apabila aktiviti perladangan dan industri kembali beroperasi seperti sedia kala. – UTUSAN
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source