Setahun Kahwin, Zulin Aziz Beri Bayangan Bercerai?
Perkongsian pelakon Zulin Aziz mengejutkan ramai apabila seolah memberi bayangan seolah rumah tangganya dengan suami, Farhan Norzaini sudah berakhir kerana tiada persefahaman.
Menerusi satu entri di Instagram sebentar tadi, Zulin turut memuat naik gambar perkahwinannya serta menulis mungkin sampai disini sahaja kisah mereka.
BACA: “Kalau Boleh Memang Nak Anak Terus Tapi Tak Ada Rezeki Lagi” – Zulin Aziz
Menurut Zulin lagi, dia berharap semoga semuanya baik-baik saja dimasa akan datang dan masa dapat mengubat segalanya.
“Mungkin sampai sini saja kisah kami. Tiada bersefahaman. Semoga yang baik-baik untuk masa akan datang. InsyaAllah masa merawat semuanya. Terima kasih untuk semuanya. Jaga diri,” tulisnya.
Perkongsian Zulin itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang terkejut dengan perkara itu serta mengatakan pasangan itu sering memuat naik bersama-sama dan dilihat bahagia. Malah, ada netizen mengatakan beberapa hari lalu Zulin dan suaminya dilihat bersama dan tiada masalah.
Malah, ada yang berharap tidak menggunakan ayat-ayat seperti itu untuk konten semata-mata kerana perkara seperti ini tidak boleh dibuat main.
Zulin dan Farhan mendirikan rumah tangga pada 20 Februari 2022 dan pasangan itu baru saja meraikan ulang tahun perkahwinan pertama baru-baru ini.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source