Lelaki maut kereta dipandu masuk lubang pembetung
SANDAKAN – Seorang lelaki maut selepas kenderaan dipandunya terbabas sebelum termasuk ke dalam lubang pembetung yang dipenuhi air dalam kejadian di Bandar Letat, hadapan stesen bas pagi tadi.
Mangsa berusia lingkungan 40-an berkenaan ditemui selepas pasukan bomba bersama pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) mengepam keluar air yang dianggarkan sedalam 1.5 meter.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada pukul 7.29 pagi.
“Kemalangan melibatkan sebuah kenderaan jenis Produa Viva telah terbabas sendiri dan termasuk ke dalam lubang pembetung yang dipenuhi air yang dalam proses pembinaan oleh pihak JKR, di tepi jalan terbabir.
“Terdapat seorang mangsa lelaki terlibat di dalam kenderaan itu dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan di lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurutnya, mangsa seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan operasi kemudian ditamatkan pada pukul 8.57 pagi. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source