Masjid Ar-Rahimah, Taman Greenwood mohon maaf azan maghrib awal semalam
PETALING JAYA – Pihak pengurusan Masjid Ar-Rahimah, Taman Greenwood, Gombak di sini memohon maaf atas kesilapan melaungkan azan maghrib lima minit awal berbanding waktu sebenar semalam.
Nazir Masjid tersebut, Mohd. Muzammir Bakri berkata, azan tersebut dilaungkan pada pukul 7.17 malam, manakala waktu sebenar maghrib adalah pada pukul 7.22 malam.
“Bagi umat Islam yang berbuka puasa mengikut azan dari Masjid Ar-Rahimah hendaklah mengganti puasa hari ini,” katanya kepada Kosmo!
Mengulas lanjut, Mohd. Muzammir berkata, punca berlakunya azan awal tersebut adalah disebabkan masalah teknikal pada jam digital di masjid tersebut.
“Semalam ketika hujan lebat, berlaku gangguan bekalan elektrik termasuk di masjid ini menyebabkan jam digital padam.
“Apabila bekalan elektrik pulih, jam digital mengalami masalah iaitu waktunya telah berubah (menjadi cepat lima minit). Bilal bertugas semalam pula tidak perasan perubahan pada jam itu.
“Selalunya, bilal akan merujuk juga azan di radio, tetapi semalam dia hanya merujuk pada jam digital tersebut dan kerana itulah berlaku azan maghrib lebih awal,” katanya.
Pada masa sama, nazir tersebut memberitahu, jemaah yang berbuka di masjid sudah dimaklumkan lebih awal tentang kesilapan itu.
“Namun pada mereka yang berbuka di rumah kita tidak sempat dimaklumkan perkara itu,” ujarnya yang memberitahu kira-kira 200 jemaah berbuka di masjid itu semalam. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source