“Siapa Suruh Kurang Ajar, Semoga Semua Family Puaka Tu Masuk Jail Termasuk You” – Puteri Sarah Di ‘Block’ Syamsul Semula
Siapa sangka pengarah sensasi, Syamsul Yusof mengambil keputusan untuk tidak melepaskan isteri pertama, Puteri Sarah biarpun sebelum ini berkata sudah mencapai kata sepakat.
Difahamkan, punca Syamsul enggan menceraikan Puteri Sarah adalah kerana aktres tersebut tidak mahu menarik balik saman terhadap isteri keduanya, Ira Kazar serta nafkah anak yang diminta didakwa terlalu tinggi.
Terbaharu, Puteri Sarah atau mesra disapa sebagai Sarah itu telah membuat Instagram Stories menunjukkan bukti dirinya telah di block semula oleh Syamsul di aplikasi WhatsApp.
Bukan itu saja, Sarah turut menunjukkan mesej luahan hatinya yang berasa marah kerana suami tetap mahu mempertahankan keluarga Ira Kazar biarpun sedar segala hal yang dilakukan oleh mereka sebelum ini kepada aktres itu.
Dalam pada itu, ibu kepada dua orang cahaya mata itu turut memberi amaran kepada Syamsul agar tidak masuk campur urusannya bersama keluarga Kazar.
Sekadar info, Syamsul Yusof dan Ira Kazar telah bernikah di negara Thailand pada awal tahun ini berwalikan bapa wanita tersebut yang merupakan pelakon veteran, Kazar.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source