Warga emas hilang ketika berbasikal ditemui mati lemas
KULAI – Tanda tanya kehilangan seorang warga emas lelaki yang hilang ketika berbasikal di laluan hutan Taman Gemilang, di sini kelmarin terjawab setelah mayatnya ditemui di sebuah tasik berhampiran hari ini.
Ketua Polis Daerah Kulai, Superitendan Tok Beng Yeow berkata, mayat Liew You Foo, 63, ditemui pada pukul 11.55 pagi dalam keadaan terapung di permukaan Tasik Biru, Bukit Gemilang.
“Mangsa kemungkinan terjatuh ke dalam tasik biru berkenaan hasil daripada penemuan sepasang kasut berwarna merah di permukaan tasik pada pukul 11.20 pagi.
“Mayat kemudian dibawa ke Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim di sini untuk bedah siasat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Isnin lalu, anak mangsa membuat laporan polis memaklumkan bapanya yang keluar rumah tidak pulang selepas pukul 2 petang sebelum pihak polis dan bomba melancarkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) mencari mangsa.
Dalam pada itu, Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kulai, Penolong Penguasa Bomba Fairuz Helmi Mohd. Ali berkata, pihak bomba bertindak mengeluarkan mangsa dengan menggunakan bot aluminium.
Katanya, seramai 19 anggota dari BBP Kulai dan BBP Skudai dibantu satu jentera, dua utiliti, satu kenderaan dan sebuah bot aluminium terlibat dalam SAR berkenaan. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source