Boehly potong gaji 19 pemain Chelsea
LONDON: Pemilik Chelsea, Todd Boehly terus mencetus kontroversi apabila mahu memotong gaji 19 pemain ekoran penyingkiran pasukan itu pada suku akhir Liga Juara-Juara kelmarin.
Blues disingkirkan oleh juara 14 kali, Real Madrid menerusi agregat 4-0, sekali gus menutup musim tanpa sebarang trofi.
Skuad bimbingan Frank Lampard juga berisiko gagal melayakkan diri ke Liga Juara-Juara atau Liga Europa musim depan selepas menghuni tangga ke-11 Liga Perdana Inggeris.
Boehly telah mengambil langkah awal dengan memasukkan klausa dalam kontrak pemain untuk mengelak pasukannya mengalami kerugian kewangan kerana tidak beraksi di pentas Eropah.
Difahamkan, beberapa bintang utama akan menerima potongan gaji 30 peratus, selain mereka yang masuk di bawah pemilikan Boehly.
Ini termasuk 12 pemain baharu dan tujuh senior seperti Thiago Silva, Reece James, Cesar Azpilicueta, Ben Chilwell, Trevoh Chalobah, Armando Broja dan Marcus Bettinelli yang telah melanjutkan kontrak mereka bersama pasukan.
Barisan pemain yang tidak melanjutkan kontrak sejak Boehly mengambil alih kelab tidak akan mengalami pemotongan gaji.
“Kami tidak boleh menyalahkan pengurus sepenuhnya tetapi semua pihak harus mengambil tanggungjawab. Ini tempoh yang sukar buat pasukan, dengan banyak keraguan timbul.
“Pertukaran pemilik, kehadiran ramai pemain baharu menyebabkan pasukan terpaksa membesarkan ruang bilik persalinan. Ia tidak menampung keseluruhan pemain.
“Akan ada pemain yang kecewa kerana bukan semuanya dapat bermain. Pengurus hanya boleh memilih 11 daripada keseluruhan lebih 30 orang yang membarisi pasukan.
“Kami perlu berhenti daripada terus membawa masuk pemain baharu, sebaliknya merencanakan strategi musim depan atau mengulangi kesilapan sama,” kata Silva. – AGENSI
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source