Jentera bomba dan van EMRS di tiga lokasi lebuh raya di Pahang
BENTONG – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang menempatkan sebuah jentera bomba dan van Perkhidmatan Penyelamat Perubatan Kecemasan (EMRS) di tiga lokasi di sepanjang Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) dan Lebuhraya Pantai Timur (LPT1) sehingga 27 April ini.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Datuk Dr. Wan Mohammad Zaidi Wan Isa berkata, langkah proaktif itu adalah sebagai persediaan bagi membantu sekiranya berlaku sebarang kejadian tidak diingini di lokasi berhampiran.
“Anggota bomba akan bersiap sedia 24 jam di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Gambang, Temerloh dan Genting Sempah.
“Pihak bomba akan membuat rondaan sepanjang musim perayaan ini dan tumpuan serta kesediaan adalah di kawasan rehat dan rawat (R&R) yang berisiko di laluan LPT,” katanya.
Menurutnya kehadiran pasukan peronda di kedua-dua belah kawasan R&R akan dapat memastikan bantuan daripada bomba mudah sampai sekiranya berlaku sebarang kecemasan.
“Ini kerana ia mungkin memerlukan masa yang lebih lama untuk menunggu bantuan daripada balai bomba jadi kita bersedia dengan jentera FRT dan ’emergency medical respond service’ atau EMRS untuk respon lebih pantas.
“Pada tahun lalu statistik operasi musim perayaan menunjukkan terdapat sebanyak 36 kes kebakaran, 45 kes penyelamatan dan enam kes kemalangan direkodkan,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source