Tiada gangguan bekalan telur di Kelantan, Terengganu
PUTRAJAYA – Tiada isu gangguan bekalan telur di negeri Pantai Timur terutama Kelantan dan Terengganu sepertimana yang dilaporkan media.
Perkara itu disahkan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Seri Salahuddin Ayub menerusi kenyataan, hari ini.
Salahuddin berkata, pihaknya mengambil maklum laporan akhbar ini hari ini berhubung isu gangguan bekalan telur ayam negeri di Pantai Timur menjelang perayaan Hari Raya Aidilfitri.
Beliau berkata, kementerian telah mengambil tindakan segera dengan melakukan pemeriksaan dan pemantauan di beberapa buah pasar raya dan pasar raya besar terpilih di negeri Kelantan dan Terengganu.
“Hasil pemeriksaan mendapati kebanyakan pasar raya masih mempunyai bekalan telur ayam pelbagai gred yang mencukupi menjelang sambutan perayaan Hari Raya Aidilfitri.
“Selain itu, kami juga sentiasa melakukan pemantauan berkala berhubung keberadaan bekalan telur ayam ke atas 225 buah premis Pengedar Peruncit Terpilih (Dedicated Distributor Retailer) di seluruh negeri Kelantan.
“Berdasarkan statistik bekalan telur ayam di premis tersebut sehingga 20 April 2023, sebanyak 220,140 biji stok telur ayam pelbagai gred masih ada di pasaran,” katanya. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source