“Kenapa Saya ‘Post’, Sebab Tak Nak Fitnah Di Kemudian Hari”
Baru-baru ini, perkongsian pelakon Zulin Aziz mengejutkan ramai apabila memuat naik posting seolah memberi bayangan dia dan suaminya, Farhan Norzaini sudah berpisah.
Sementara itu, menerusi video di TikTok, Zulin menjelaskan perkongsian itu dibuat kerana mahu mengelakkan fitnah apatah lagi Aidilfitri bakal menjelma dan pasti ramai akan bertanyakan mengenai suaminya.
BACA: “Konten, Marketing, Prank? Orang Gila Je Buat Hal Ini Gurauan” – Zulin Aziz
“Kenapa saya ‘post’, sebab tak nak fitnah di kemudian hari. Nak sambut Syawal dah ni, nanti tak ada gambar dengan ‘husband’ (suami), semua orang tanya mana ‘husband’, mana ‘husband’. Nanti jadi macam-macam benda, saya nak kena ‘explain’ (jelaskan).
“Saya ‘post’ hanya nak beritahu saja (berpisah), tapi apa sebabnya tak perlulah dikongsikan. Saya beritahu itu pun, bukan nak canang-canang hal rumah tangga saya macam ini, namun itulah keadaannya.
“Kita ‘public figure’ kan. Nanti ada saja orang nak tanya, jadi saya ‘explain’ awal-awal supaya tak ada soalan pelik-pelik di kemudian hari,” katanya .
Dalam pada itu, Zulin mengakui perkongsiannya itu sememangnya mengejutkan apatah lagi selama ini dia tidak pernah berkongsikan hal rumah tangga di media sosial. Zulin turut menegaskan perkongsiannya itu bukan prank mahukan marketing seperti didakwa segelintir netizen.
“Kami memang tak ada masalah apa-apa, mungkin tiba-tiba saja bergaduh. Apapun, ujian kita dalam rumah tangga ini berbeza-beza. Situasi saya, tak boleh nak samakan dengan orang lain.
“Malah, setiap apa yang saya kongsikan di media sosial itu terjadi dalam hidup saya. Ia benda yang betul. Saya tidak melakukannya untuk ‘prank’ atau strategi pemasaran,” katanya.
Untuk rekod, Zulin dan Farhan mendirikan rumah tangga 20 Februari tahun lalu di Majid Negara, Kuala Lumpur
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source