Biden umum bertanding jawatan Presiden 2024
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden mengumumkan beliau akan bertanding semula untuk jawatan Presiden pada pilihan raya 2024.
Lapor BBC, pemimpin Demokrat itu sudah lama memberi isyarat bahawa beliau akan mengumumkan pencalonannya untuk penggal kedua dan secara rasmi melancarkan kempennya dalam video yang disiarkan hari ini.
Video berdurasi tiga minit itu turut menunjukkan beliau bertemu dengan pelbagai kaum di AS.
“Ini adalah detik penting dengan kebebasan dan hak semakin terancam. Ini bukan masa untuk leka. Sebab itu saya mahu bertanding,” katanya.
Biden, 80, menjadi Presiden tertua dalam sejarah AS dan akan berusia 86 tahun jika beliau menghabiskan penggal penuh kedua pada 2029.
Beliau mengalahkan bekas Presiden, Donald Trump pada tahun 2020 selepas berjanji untuk memulihkan kembali jiwa AS.
“Apabila saya bertanding sebagai Presiden empat tahun lalu, saya berkata kita berada dalam pertempuran untuk memulihkan jiwa AS dan kita masih di situ,” katanya.
Trump mengumumkan pencalonannya untuk jawatan Presiden November lalu, meningkatkan prospek perlawanan semula antara pasangan itu pada 5 November 2024.
!function(f,b,e,v,n,t,s){if(f.fbq)return;n=f.fbq=function(){n.callMethod?
n.callMethod.apply(n,arguments):n.queue.push(arguments)};if(!f._fbq)f._fbq=n;
n.push=n;n.loaded=!0;n.version=’2.0′;n.queue=[];t=b.createElement(e);t.async=!0;
t.src=v;s=b.getElementsByTagName(e)[0];s.parentNode.insertBefore(t,s)}(window,
document,’script’,’https://connect.facebook.net/en_US/fbevents.js’);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source