“Siti Nurhaliza, Saya Minta Maaf, Mak Saya Dah Marah, Ambillah Balik Penyanyi No. 1”
Sebelum ini hangat diperkatakan apabila usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri mengatakan dia adalah penyanyi nombor satu. Malah, Datuk Seri Siti Nurhaliza turut berseloroh ‘mengakui’ perkara itu apabila membalas komen Aliff di Instagram.
Baru-baru ini, tular video dikongsikan di TikTok dimana Aliff memohon maaf kepada penyanyi tersohor itu serta menyerahkan semula takhta penyanyi nombor satu itu.
BACA: “Badan Elok Tak Tunjuk Rugilah, Badan Saya Lawa” – Aliff Syukri
Menerusi video itu, Aliff berdebat dengan ibunya, Bonda Rozita mengenai gelaran penyanyi nombor satu. Bonda Rozita bersyukur Siti Nurhaliza tidak berkecil hati dengan kelakuan anaknya itu.
@butik.ashijab Dileksia Aliff Syukri susah ingat, susah menyebut satu perkataan, tp kompiden dia xboleh ajak bincang – Bonda ingat masa dia masuk kolej belajar bahasa english kat Taylor Collage, balik rumah dia mengadu yg cikgu tu xpaham2 *sy dah sebut dgn betul, tp cikgu tu yg salah – lepas tu kan Mak.. sy ajar cikgu tu cara sebut yg betul (cikgu ni mat saleh tau tak ) – Dia marah dan nak berhenti sekolah dia kata cikgu tu yg bodoh..!! Sy nangis gelakan cara dia explain pd sy, wahai Allah berikan anak sy ni kebaikan dunia – akhiratnya yg tak terjangkau dek akal sy membetulkannya Dia mudah sentap dgn sy, Sy xboleh cakap dia xpandai sekolah dia akn sakit hati.. Walau dia dapat result D atau G – dia tetap yakin menjawab pd sy mak ni ingat sy bodoh tengok subjek lain semua ok..!! Sy Pandang sudut baik dia, kelemahan dia sebenarnya ialah kelebihan pd dirinya – dan kami bertabah hati dgn kerenah dia sanggup usik @ctdk_official maaf sgt2 dia xbermaksud begitu sebenarnya ya Dato Siti Dia main2 je maafkan dia dato siti ya Kri ni pelawak dan selamba kalau sakat org – arwah Mak sayang sgt dia ni – dia suka kawan Makcik2 tua – sakat orang mmg hobi dia..!! #dileksia #fyp #funny #bondarozitaibrahim #ibondarozitaibrahim #dherbsterlajaklaris #terlajaklaris
“Mak tengok ada orang komen dekat media sosial yang kau kata ‘Kenal tak saya, saya artis nombor satu?’kat Siti Nurhaliza. Kau kenapa? Bodohlah kau ni, nasib baik Siti Nurhaliza tak kecil hati. Maaflah Siti, anak saya memang macam tu. Dia tahu kamu penyanyi nombor satu,” kata Rozita.
Bonda Rozita turut bertanyakan kepada Aliff sama ada dia ada perasaan malu atau tidak mengaku dirinya sebagai penyanyi nombor satu.
“Kau tak baik Syukri, orang menyampah dengan kau nanti. Kau tak malu ke? Kalau Siti, semua orang akui dan berapa banyak anugerah dia dah dapat. Kau dapat anugerah apa? Kecaman?,” katanya.
Lebih lucu, Aliff tetap dengan pendiriannya mengatakan bahawa dia adalah penyanyi nombor satu serta meminta Siti tidak perlu takut berada di belakangnya.
‘Tak apa, awak jangan takut. Walaupun awak duduk belakang saya, saya tetap akan sokong awak. Suara awak sedap, cuma pithcing ada lari sikit. Awak kena ikut macam saya punya suara,” katanya.
Sementara itu, Bonda Rozita turut bertegas meminta anaknya itu meminta maaf kepada Siti Nurhaliza.
“Kau tak boleh cakap dia macam tu, kau patutnya minta maaf dengan dia,” kata Rozita.
Aliff kemudian memohon maaf kepada Siti Nurhaliza diatas tindakannya tidak sengaja melukakan hati penyanyi itu serta menyerahkan semula gelaran penyanyo nombor satu.
“Siti Nurhaliza, saya minta maaf kerana tak sengaja melukakan hati awak. Sekarang disebabkan mak saya dah marah saya, saya jadi kat belakang awak lah. Awak nombor satu.
“Saya serahkan saya punya anugerah saya kepada awak. Saya reda awak nombor satu. Saya minta maaf, saya (janji) tak buat lagi. Awak ambillah balik nombor satu awak. Saya dah nombor dua pun tak apalah. Terima kasih Siti Nurhaliza,” katanya.
!function(f,b,e,v,n,t,s){if(f.fbq)return;n=f.fbq=function(){n.callMethod?
n.callMethod.apply(n,arguments):n.queue.push(arguments)};if(!f._fbq)f._fbq=n;
n.push=n;n.loaded=!0;n.version=’2.0′;n.queue=[];t=b.createElement(e);t.async=!0;
t.src=v;s=b.getElementsByTagName(e)[0];s.parentNode.insertBefore(t,s)}(window,
document,’script’,’https://connect.facebook.net/en_US/fbevents.js?v=next’);
window.fbAsyncInit = function() {
FB.init({
appId : ‘271636379888218’,
xfbml : true,
version : ‘v3.2’
});
FB.AppEvents.logPageView();
};
(function(d, s, id) {
var js, fjs = d.getElementsByTagName(s)[0];
if (d.getElementById(id)) return;
js = d.createElement(s); js.id = id;
js.src = “https://connect.facebook.net/en_US/sdk.js”;
fjs.parentNode.insertBefore(js, fjs);
}(document, “script”, “facebook-jssdk”));
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source