“Dia Ni Baik Rasanya, Kalau Tak Mesti Anak-Anak Shuib Tak Suka” – Netizen Mula Terima Watie?
Sebelum ini, kekasih kepada pelawak dan usahawan, Shuib iaitu Watie Hanifiah sering dikecam oleh netizen kerana gemar menggayakan pakaian yang ketat sehingga menampakkan bentuk tubuh badannya.
Bukan itu sahaja, ramai yang turut mempersoalkan pilihan hati pelawak itu dengan mengatakan Watie tidak sesuai untuk dijadikan calon isteri dan menggantikan tempat Allahyarhamah Siti Sarah.
Namun, baru-baru ini Shuib telah berkongsi momen-momen sambutan Aidilfitri bersama Watie dan keluarganya buat pertama kali tahun ini.
Menerusi hantaran tersebut, Watie dilihat memakai persalinan baju raya sedondon dengan keluarga pelawak itu selain dilihat tidak kekok mendukung anak bongsu Shuib iaitu Ayash Affan.
Malah, tular di laman TikTok memaparkan gambar Watie bersama anak perempuan Shuib, Talita Zahra yang dilihat mesra meletakkan kepalanya di bahu wanita berkenaan.
@shuibhknfg1 With mummy #InspirasiRaya #shuib #shuibsepahtu? #shuibsepahtu #shuibwatie #watiehanifiah #watie #fypmalaysia #tiktokmalaysia #fyp??viral
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen mula menerima Watie dan menganggap dia sememangnya sesuai untuk dijadikan bakal isteri kepada Shuib memandangkan anak-anak pelawak itu sangat selesa dan manja dengannya.
Bukan itu sahaja, mereka turut menyifatkan Watie sebagai pengganti kerinduan anak-anak Shuib terhadap belaian dan kasih sayang seorang ibu.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
(function(d, s, id) {
var js, fjs = d.getElementsByTagName(s)[0];
if (d.getElementById(id)) return;
js = d.createElement(s); js.id = id;
js.src = “//connect.facebook.net/en_GB/all.js#xfbml=1&appId=273189502776521”;
fjs.parentNode.insertBefore(js, fjs);
}(document, ‘script’, ‘facebook-jssdk’));
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source