Jambatan roboh, anak naik sampan ke sekolah
ROMPIN – Penduduk Kampung Aur, Bukit Ibam di sini meminta pihak bertanggungjawab membina sebuah jambatan baharu bagi menggantikan struktur lama yang telah roboh pada Mac lalu.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Kampung Aur, Ahmad Rizal Abd Mani, 44, berkata, jambatan yang roboh itu adalah laluan utama yang menghubungkan penduduk Kampung Aur Seberang dengan Kampung Aur.
Katanya, jambatan terbabit sebelum ini dirobohkan berikutan struktur yang semakin melentur selain usaha mencari anak saudaranya, Nur Hafizah Zailan, 23, yang hilang ketika cuba menyeberang jambatan terbabit pada 3 Mac lalu.
“Jambatan itu semakin melentur selepas dibadai arus sungai deras selain perlu dirobohkan bagi usaha mencari Nur Hafizah yang dikhuatiri tersangkut di jambatan tersebut yang berpusing ketika kejadian.
“Namun sejak ia dirobohkan, tiada usaha untuk membina jambatan baharu sementara bagi memudahkan urusan penduduk dari Kampung Aur Seberang menghantar anak-anak ke sekolah selain hendak ke tempat kerja,” katanya.
Menurut Ahmad Rizal, penduduk perlu menyeberang sungai dengan mendayung sampan dan ia sangat membimbangkan kerana melibatkan keselamatan anak-anak ke sekolah seawal pukul 6.30 pagi.
Tambahnya, dianggarkan 300 penduduk menggunakan jambatan yang dibina pada 1 Januari 2008. Ia merupakan jambatan kedua dibina bagi menggantikan yang lama.
“Meskipun ada laluan darat, tetapi ia agak jauh iaitu kira-kira 40 kilometer untuk menyeberangi sungai berkenaan,” katanya.
Ujar Ahmad Rizal, penduduk amat berharap agar jambatan lebih kukuh dibina walaupun hanya kecil kerana jambatan gantung sudah tidak lagi sesuai digunakan kerana tidak memiliki ciri-ciri keselamatan.
Sementara itu, beliau melahirkan rasa terkilan kerana sehingga kini, kerja-kerja pembinaan jambatan konkrit bagi menggantikan jambatan lama masih belum dimulakan dengan alasan tiada peruntukan mencukupi.
“Tok Empat sudah tiga kali bertukar ganti, namun masalah ini belum selesai. Berdasarkan papan tanda, kerja pembinaan sepatutnya bermula pada Disember 2021 dan dijangka siap pada
Disember tahun ini, namun seperti tiada tanda-tanda ia akan siap segera,” ujarnya.
!function(f,b,e,v,n,t,s){if(f.fbq)return;n=f.fbq=function(){n.callMethod?
n.callMethod.apply(n,arguments):n.queue.push(arguments)};if(!f._fbq)f._fbq=n;
n.push=n;n.loaded=!0;n.version=’2.0′;n.queue=[];t=b.createElement(e);t.async=!0;
t.src=v;s=b.getElementsByTagName(e)[0];s.parentNode.insertBefore(t,s)}(window,
document,’script’,’https://connect.facebook.net/en_US/fbevents.js’);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source