Man. United mudah atasi Wolverhampton
LONDON – Manchester United kembali menemui rentak kemenangan selepas memastikan kejayaan 2-0 ke atas Wolverhampton Wanderers di Old Trafford, sebentar tadi.
Keputusan itu pastinya menghadirkan kelegaan buat pengendali pasukan, Erik ten Hag selepas Red Devils dipalit dua kekalahan berturut-turut kepada Brighton dan West Ham United dalam dua aksi sebelum ini.
Daripada segi peratusan permainan, kedua-dua pasukan agak seimbang sebaliknya tuan rumah jelas memiliki lebih banyak peluang terbaik untuk mencipta gol pembukaan.
Berbanding Wolverhampton Wanderers yang hanya mampu melakukan satu percubaan di babak pertama, minit ke-32, usaha diatur Red Devils akhirnya membuahkan hasil menerusi ledakan Martial selepas menerima lorongan daripada Antony.
Skrip hampir sama berterusan di babak kedua malah kesungguhan Wolverhampton memburu gol penyamaan begitu terserlah apabila melakukan tiga pertukaran sepanjang 17 minit pertama dengan memasukkan Hang Hee-chan, Daniel Podence dan Hego Bueno.
Sekalipun penjaga gol pelawat, Daniel Bentley cemerlang menafikan beberapa peluang terbaik Man. United, Alejandro Garnacho segera mematikan sisa perjuangan lawan apabila meledak gol kedua pada masa kecederaan.
Dalam perlawanan lain, Tottenham Hotspur terus mempamerkan aksi ‘yo-yo’ yang menyaksikan kelab dari London itu tewas 2-1 kepada Aston Villa di Villa Park.
Dua gol tuan rumah dihasilkan oleh Jacob Ramsey seawal minit kelapan diikuti jaringan kedua Douglas Luiz (minit ke-72) manakala gol saguhati Spurs dijaringkan oleh Harry Kane menerusi sepakan penalti pada minit terakhir perlawanan.
Di Stamford Bridge, Taiwo Awoniyi meleburkan harapan Chelsea untuk raih kemenangan kedua berturut-turut untuk berpuas hati dengan keputusan seri 2-2 dengan Nottingham Forest.
Awoniyi yang meledak gol pembukaan seawal minit ke-13 perlawanan berjaya menghasilkan jaringan penyamaan pada minit ke-62 selepas Chelsea mula bangkit dengan dua gol dalam tempoh tujuh minit menerusi Raheem Sterling, masing-masing minit ke-51 dan 58.
Fulham pula memastikan kemenangan kedua berturut-turut dan kali ini tewaskan pasukan di tangga tercorot, Southampton 2-0.
Kedua-dua gol Fulham dihasilkan oleh Carlos Vinicius dan Aleksandar Mitrovic.
Sementara itu, dua jaringan Eberechi Eze memastikan kemenangan mutlak 2-0 Crystal Palace ke atas Bournemouth. – KOSMO ONLINE
!function(f,b,e,v,n,t,s){if(f.fbq)return;n=f.fbq=function(){n.callMethod?
n.callMethod.apply(n,arguments):n.queue.push(arguments)};if(!f._fbq)f._fbq=n;
n.push=n;n.loaded=!0;n.version=’2.0′;n.queue=[];t=b.createElement(e);t.async=!0;
t.src=v;s=b.getElementsByTagName(e)[0];s.parentNode.insertBefore(t,s)}(window,
document,’script’,’https://connect.facebook.net/en_US/fbevents.js’);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source