Pelajar praktikal tak dapat elaun, ‘mengemis’ bayar sewa, minyak motosikal
PETALING JAYA – Seorang pelajar sebuah institut pengajian tinggi (IPT) mengakui kehidupannya amat sukar sepanjang menjalani latihan industri kerana langsung tidak dibayar elaun oleh pihak syarikat terbabit.
Katanya, dia terpaksa meminjam wang rakan-rakannya untuk membayar sewa bilik serta kos perjalanan pergi dan balik kerja (latihan industri).
Kisah pelajar tersebut diceritakan semula oleh seorang pengguna Twitter @faridaffy yang memaklumkan pelajar tersebut menjalani latihan industri di sebuah syarikat baharu yang sedang dibangunkan.
“Semalam di ‘open house’ (rumah terbuka) aku ada borak dengan seorang anak muda ini. Dia baru habis ‘internship’ (latihan industri) dekat sebuah ‘startup company’ (syarikat baharu) dalam Kuala Lumpur.
“Aku cakaplah yang dia ini gila,” ciapnya.
Menurut pengguna tersebut, pelajar praktikal perlu bijak memilih syarikat atau organisasi untuk dijadikan tempat latihan industri selama kira-kira tiga bulan di sana.
Dia turut mengingatkan agar mengelak daripada memilih syarikat yang tidak menawarkan elaun kepada pelajar praktikal.
“Jangan terima ‘internship’ (latihan industri) tak berbayar dan semoga lepas ini tak ada lagi pelajar yang setuju ‘internship’ tak berbayar ini.
“Benda ini harus dihapuskan. Tak guna nak kerah tenaga ‘students’ (pelajar) ini dan bagi mereka merana. Semua orang layak dapat upah untuk kerja dia orang,” ciapnya lagi.
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang bersetuju agar setiap pelajar praktikal perlu dibayar elaun sekurang-kurangnya RM500 sebulan bergantung kepada keupayaan serta lokasi syarikat.
“Paling pun bayar RM500 sebulan, pelajar praktikal pun kena bayar sewa bilik, duit makan, minyak motosikal pergi tempat praktikal, bayar tambang tren dan sebagainya. Kalau kawasan tengah bandar yang kos tinggi, perlu sekurangnya RM800 sebulan,” cadang Azira.
Selain itu, seorang pengguna Twitter yang lain @Kamldny menganggap syarikat yang gagal menyediakan elaun kepada pelajar praktikal adalah majikan kejam.
“Kau nak kerah tenaga pelajar praktikal sama macam pekerja kau, tapi satu sen pun kau kedekut nak bayar tenaga mereka yang kau guna. Baik tak payah buka syarikat, kalau cari pelajar praktikal, tapi tak sanggup bayar elaun praktikal. Kejam,” luahnya. – KOSMO! ONLINE
!function(f,b,e,v,n,t,s){if(f.fbq)return;n=f.fbq=function(){n.callMethod?
n.callMethod.apply(n,arguments):n.queue.push(arguments)};if(!f._fbq)f._fbq=n;
n.push=n;n.loaded=!0;n.version=’2.0′;n.queue=[];t=b.createElement(e);t.async=!0;
t.src=v;s=b.getElementsByTagName(e)[0];s.parentNode.insertBefore(t,s)}(window,
document,’script’,’https://connect.facebook.net/en_US/fbevents.js’);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source