Sistem JPJeBid alami gangguan, bidaan FF dilanjut sehari lagi – JPJ
PUTRAJAYA – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akhirnya akur dengan rungutan orang ramai apabila melanjutkan tempoh sehari lagi bagi bidaan nombor pendaftaran FF (Putrajaya).
Difahamkan, lanjutan itu dibuat susulan gangguan perkhidmatan terutama di portal rasmi bidaan https://jpjebid.jpj.gov.my hari ini.
JPJ menerusi hantaran di Facebook hari ini berkata, tempoh bidaan sepatutnya berakhir 10 malam tadi namun, ia kemudian dilanjutkan sehingga jam 10 malam esok.
“Tempoh bidaan dilanjutkan dengan tambahan masa bidaan 24 jam dan akan ditutup pada 10 malam esok,” katanya.
Isu ganguan akses JPJeBid sejak beberapa jam lalu turut mendapat reaksi Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Dr. Radzi Jidin.
Radzi menerusi hantaran di Facebook berkata, beliau mendapat banyak rungutan daripada pembida yang mengeluh bahawa portal bidaan itu gagal diakses.
“Ramai yang berminat untuk membida nombor Putrajaya ‘@FF’ kecewa kerana tidak dapat menyertai bidaan. Ini juga secara tidak langsung mengurangkan hasil bidaan kepada JPJ,” katanya.
Selang sejam selepas rungutan itu , JPJ akhirnya mengeluarkan satu kenyataan di Facebook mengenai lanjutan tempoh bidaan itu.
JPJ sebelum ini membuka bidaan nombor pendaftaran FF kepada orang awam dan pembida bermula 14 Mei lalu. – KOSMO! ONLINE.
!function(f,b,e,v,n,t,s){if(f.fbq)return;n=f.fbq=function(){n.callMethod?
n.callMethod.apply(n,arguments):n.queue.push(arguments)};if(!f._fbq)f._fbq=n;
n.push=n;n.loaded=!0;n.version=’2.0′;n.queue=[];t=b.createElement(e);t.async=!0;
t.src=v;s=b.getElementsByTagName(e)[0];s.parentNode.insertBefore(t,s)}(window,
document,’script’,’https://connect.facebook.net/en_US/fbevents.js’);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source