Suara wanita perlu didengar berkaitan mitigasi iklim
PUTRAJAYA – Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah bertitah agar peranan dan suara wanita turut diberi peluang dalam membuat keputusan berkaitan mitigasi iklim.
Baginda bertitah, golongan wanita dilihat tidak sentiasa termasuk dalam proses membuat keputusan itu.
“Adalah penting untuk memastikan bahawa suara wanita didengar dan mereka terlibat dalam semua peringkat membuat keputusan terutama dari peringkat perancangan hingga pelaksanaan.
“Selain itu, adalah penting juga untuk memastikan wanita mempunyai akses kepada penjagaan kesihatan reproduktif dan keperluan kesihatan mereka diambil kira dalam penyesuaian perubahan iklim,” titahnya ketika menyampaikan ucaptama pada Persidangan Kali Ke-30 Associated Country Women Of The World (ACWW) di sini, hari ini.
Turut berangkat sama Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah serta Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Titah baginda lagi, dengan menangani impak perubahan iklim khusus jantina, ia boleh mencipta masa depan yang lebih sama dan lestari untuk semua.
“Usaha ini (mengangkat peranan wanita) adalah kerja yang telah dilakukan (ACWW) diperingkat tempatan, kebangsaan dan antarabangsa serta akan dilakukan dengan baik dari semasa ke semasa,” katanya. – KOSMO! ONLINE
!function(f,b,e,v,n,t,s){if(f.fbq)return;n=f.fbq=function(){n.callMethod?
n.callMethod.apply(n,arguments):n.queue.push(arguments)};if(!f._fbq)f._fbq=n;
n.push=n;n.loaded=!0;n.version=’2.0′;n.queue=[];t=b.createElement(e);t.async=!0;
t.src=v;s=b.getElementsByTagName(e)[0];s.parentNode.insertBefore(t,s)}(window,
document,’script’,’https://connect.facebook.net/en_US/fbevents.js’);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source