Tambah baik ekosistem IPA, galak pelaburan lebih tersusun
PUTRAJAYA-Mesyuarat Majlis Pelaburan Negara (MPN) bersetuju menambah baik ekosistem Agensi Penggalakan Pelaburan (IPA) dengan melaksanakan inisiatif menyelaras fungsi dan peranan koridor ekonomi wilayah berkaitan pelaburan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, langkah itu penting bagi memastikan pendekatan menyeluruh kerajaan daripada segi aktiviti penggalakan pelaburan negara secara lebih tersusun, cekap dan teratur.
“Ini juga akan memastikan Malaysia dapat mengoptimumkan sumber sedia ada bagi mengatasi isu pertindihan tanggungjawab antara IPA sekaligus menjamin penyampaian perkhidmatan IPA lebih berkesan.
“Tadbir urus IPA juga merupakan faktor penting bagi pelabur membuat keputusan dan menilai Malaysia sebagai destinasi pelaburan pilihan,” katanya dalam satu kenyataan di sini tadi.
Perkara itu dibincangkan semasa Mesyuarat MPN Bil 1/2023 yang dipengerusikan Perdana Menteri dan diadakan buat pertama kali selepas diumumkan semasa pembentangan Belanjawan 2023 pada 24 Februari 2023.
Pada masa sama, katanya, MPN juga bersetuju memperkasakan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (Mida) sebagai agensi penggalakan pelaburan utama negara.
“Pengukuhan fungsi penyelenggaraan akaun dan pemantauan oleh IPA serta pemusatan pelaporan maklumat terkini pelaburan di bawah satu platform akan menangani isu pelabur serta menyokong penggubalan dasar untuk pembangunan industri.
“Hasrat itu selaras dengan teras strategik di bawah Dasar Pelaburan Baharu (NIP) menggariskan keperluan menilai semula lanskap IPA negara agar lebih terancang sekaligus memudahkan perjalanan pelabur,” jelasnya.
Katanya, mesyuarat MPN pertama juga membincangkan mengenai pemantauan projek-projek pelaburan khususnya hasil potensi pelaburan menerusi program Misi Penggalakan Perdagangan dan Pelaburan.
“Jumlah pelaburan diluluskan dalam pelbagai sektor ekonomi bagi Suku Pertama (S1) tahun 2023 adalah RM71.4 bilion iaitu peningkatan 59.7 peratus berbanding dengan S1 2022 (RM44.7 bilion).
“Ia merangkumi 1,265 projek yang berpotensi menjana hampir 24,000 pekerjaan bagi rakyat Malaysia.
“Sehubungan itu, MPN dijadualkan bersidang sekurang-kurangnya empat kali setahun agar setiap inisiatif dan program pelaburan dapat dipantau dan dinilai keberkesanannya,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE
!function(f,b,e,v,n,t,s){if(f.fbq)return;n=f.fbq=function(){n.callMethod?
n.callMethod.apply(n,arguments):n.queue.push(arguments)};if(!f._fbq)f._fbq=n;
n.push=n;n.loaded=!0;n.version=’2.0′;n.queue=[];t=b.createElement(e);t.async=!0;
t.src=v;s=b.getElementsByTagName(e)[0];s.parentNode.insertBefore(t,s)}(window,
document,’script’,’https://connect.facebook.net/en_US/fbevents.js’);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source