Selangor bangkit benam KDA FC 3-2
PETALING JAYA: Selangor FC bangkit daripada ketinggalan dua kali untuk membenam cabaran Kedah Darul Aman (KDA) FC 3-2 dalam aksi Liga Super di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) sebentar tadi.
Dalam pertemuan itu, anak buah Zafuzi Zain terlebih dahulu berada di hadapan pada minit ke-6 menerusi Amirbek Juraboev yang melakukan rembatan dari dalam kotak penalti untuk menewaskan Khairulazhan Khalid.
Tersentak dengan jaringan itu, Selangor FC yang menggunakan formasi 4-3-3 memperkemaskan rentak permainan dan hasilkan mereka dihadiahkan sepakan penalti pada minit ke-23 selepas Kalamullah Al-Hafiz menjatuhkan Yohandry Orozco.
Kalamullah pada awalnya berjaya menepis sepakan yang diambil oleh Ayron Del Valle namun, pemain import dari Colombia itu melakukan gerakan susulan untuk menyudahkan peluang yang terhidang bagi menjadikan kedudukan terikat 1-1.
Bagaimanapun, kedudukan itu tidak bertahan lama apabila lima minit kemudian, Willian Lira membuktikan kenapa dia menjadi pilihan Nafuzi selepas bijak memperdayakan dua pertahanan Selangor FC untuk menjadi kedudukan 2-1.
Pemain sensasi negara, Faisal Abdul Halim seterusnya memanfaatkan keadaan kelam kabut di dalam kotak penalti KDA FC pada minit-40 untuk kembali mengikat kedudukan menjadi 2-2 sehingga wisel penamat dibunyikan.
Bersambung babak kedua, kedua-dua pasukan bermula dengan agak seimbang dan saling berbalas serangan namun, jentera serangan gagal memanfaatkan peluang yang terhidang.
Pada minit ke-65, pengendali Selangor FC, Tan Cheng Hoe membuat keputusan drastik untuk mengeluarkan Ayron dan membawa masuk Noor Al Rawabdeh untuk memberi nafas lebih segar di bahagian hadapan.
Peluang terbaik Selangor untuk berada dihadapan ialah pada minit ke-71 namun, dua percubaan menarik Alexander Agyarkwa dinafikan dengan cemerlang oleh Kalamullah.
Pada minit ke-75, KDA FC terpaksa beraksi dengan 10 pemain selepas pemain pertahanan, Kamil Akmal dilayangkan kad merah kerana menjatuhkan Mukhairi Ajmal diluar kotak penalti yang menyebabkan Selangor dihadiahkan sepakan percuma.
Sepakan yang diambil Orozco terkena palang ketika Kalamullah sudah tertewas dan percaturan Cheng Hoe membawa masuk Noor Al Rawabdeh berhasil apabila dia bijak memanfaatkan pelung terhidang untuk gol kemenangan Selangor.
Keputusan 3-2 kekal sehingga wisel penamat dibunyikan pengadil Nazmi Nasaruddin, sekali gus membolehkan Selangor mengutip tiga mata penuh di laman sendiri.-UTUSAN ONLINE
!function(f,b,e,v,n,t,s){if(f.fbq)return;n=f.fbq=function(){n.callMethod?
n.callMethod.apply(n,arguments):n.queue.push(arguments)};if(!f._fbq)f._fbq=n;
n.push=n;n.loaded=!0;n.version=’2.0′;n.queue=[];t=b.createElement(e);t.async=!0;
t.src=v;s=b.getElementsByTagName(e)[0];s.parentNode.insertBefore(t,s)}(window,
document,’script’,’https://connect.facebook.net/en_US/fbevents.js’);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source