‘Saya bukan mahal sangat, murah pun tidak’
MEMBESAR dalam sebuah keluarga susah mengajar anak kelahiran Lekir, Seri Manjung, Perak ini akan erti bersyukur.
Tidak pernah anak seni yang sudah membintangi lebih 50 drama ini merungut, apatah lagi menyalahkan takdir dibesarkan dalam sebuah keluarga besar dengan bilangan 18 adik-beradik.
Pelakon veteran, Fathil Dani, 62, berkata, dia sendiri menyaksikan kesusahan bapanya yang hanya melakukan kerja-kerja kampung.
Ujarnya, ibunya pula seorang suri rumah yang hanya bergantung harap terhadap sumber pendapatan bapanya.
Kedaifan hidup, kongsinya, menyebabkan mereka sekeluarga pernah terputus bekalan makanan.
“Adik-beradik saya ramai dan emak pula tidak bekerja. Ikan masin itu sudah menjadi kemestian dan lauk harian kami.
“Pernah satu tahap sampai kami tak makan nasi dalam dua hari. Namun, orang kampung sudah biasa hidup seperti itu.
“Walaupun tiada nasi, ada sahaja benda lain yang boleh dijadikan sebagai makanan seperti ubi kayu dan pisang,” katanya yang merupakan anak kedua dalam keluarga.
Kesusahan itu juga menjadi ‘guru’ yang mengajar Fathil tentang kepentingan berjimat-cermat.
Ujar bapa lima anak ini, sepanjang hidupnya, tidak pernah sesekali dia berboros ketika berbelanja dan hasil titik peluh berlakon selama empat dekad digunakan bagi menyara diri dan ahli keluarganya.
“Selama 40 tahun saya memberikan komitmen sepenuhnya terhadap lakonan. Sepanjang tempoh itu juga tidak pernah saya buat pekerjaan lain.
“Apa yang penting berjimat-cermat dan bayaran lakonan yang diterima juga berbaloi,” katanya yang juga aktif bermain badminton.
40 TAHUN BERLAKON
Minat terhadap lakonan mula bercambah selepas Fathil menuntut ilmu di kompleks budaya di Kuala Lumpur (sekarang dikenali sebagai Aswara).
Ketika itu, dia bergiat aktif dalam bidang seni dengan kumpulan Bangsawan Bintang Timur Rahman B.
Katanya, dia mula berlakon sejak berumur dalam lingkungan umur 20-an dan ketika kemunculan drama swasta pada 1985.
“Zaman awal kemunculan dulu saya banyak berlakon dalam naskhah bangsawan seperti Jula-Juli Bintang 3,” katanya.
Ditanya naskhah paling membekas di jiwa, drama Keris Hitam Bersepuh Emas yang ditayangkan di RTM1 pada 1998 merupakan jawapan pilihannya.
Katanya, drama 17 episod mengisahkan pendekar turut dibintangi oleh pelakon, Eman Manan.
“Drama itu tentang kisah sejarah semasa Portugis datang Melaka. Saya bawa watak Jempol ketika itu.
“Banyak kenangan semasa menjayakan drama itu, antaranya, pembikinan yang mengambil masa selama setahun dan teknologi pula tidak membantu.
“Kalau jumpa peminat atau orang lama, mesti mereka bertanya dan masih ingat drama itu,” katanya.
Dikenali sebagai pelakon yang sering membawakan watak ketua kampung, imam dan ketua keluarga selain lontaran dialog dalam dialek Perak, Fathil berkata, dia mahu lari daripada perwatakan tersebut.
Katanya, dia sebenarnya sangat mengidamkan watak cacat yang belum pernah dibawa sepanjang karier lakonan.
“Dulu saya pernah bawa watak orang cacat tetapi tak tahu kenapa tidak berjaya untuk keluar di televisyen. Saya jadi tak puas hendak bawa watak kerana ketika itu hanya beberapa adegan pada subplot cerita.
“Saya teringin sangat hendak bawa watak orang cacat atau spastik. Sampai sekarang belum pernah dapat lagi,” katanya.
ISU BAYARAN
Ditebak diskriminasi terhadap pelakon veteran, Fathil berkata, dia juga tidak terkecuali dibelenggu isu tersebut.
Namun, katanya, dia sesekali tidak akan menerima tawaran yang dianggap ‘menghina’ kerjayanya sebagai seorang pelakon berpengalaman.
“Pernah syarikat produksi tawar bayaran sebanyak RM250 ke RM300 sehari. Sedangkan, zaman saya berlakon pada era 80-an bayaran harian itu sudah ditawarkan dalam RM350 hingga RM400 sehari.
“Perkara seperti ini tidak sepatutnya berlaku. Saya cakap bukan untuk kepentingan diri sendiri tetapi untuk hak rakan-rakan artis veteran lain.
“Saya ini ada ‘nilai’ dan orang ramai masih kenal. Saya tegur kenapa buat begini dan tidak sepatutnya bayar sedemikian rupa. Kamu belum lahir lagi (produksi) kami sudah berjuang dalam industri seni,” tegasnya.
Mengulas perkara itu, Fathil berkata, dia menerima tawaran tidak setimpal sekitar dua tahun lalu, selepas Covid-19 melanda.
Katanya, dia terkilan dengan sikap pengurus produksi bagi drama bersiri dan telefilem yang merendahkan martabat pelakon senior seperti dirinya.
“Saya bukan mahal sangat, murah sangat pun tidak. Selalunya, mereka akan tanya harga dahulu, kemudian baru dimaklumkan sama ada watak utama atau watak sampingan,” jelasnya.
Fathil yang pernah membintangi drama Si Capik meluahkan kekesalan dengan sikap segelintir syarikat produksi yang tergamak membuat tawaran sedemikian rupa.
Jelasnya, stesen televsiyen sendiri memberikan bayaran yang agak tinggi kepada syarikat produksi yang berjaya melaksanakan projek.
“Saya sendiri pernah lihat surat tawaran setuju terima projek daripada stesen televisyen. Ada penerbit yang dibayar hampir RM900,000 dan mencecah RM2 juta.
“Jadi, apa masalah hendak bayar pelakon veteran mengikut kadar munasabah? Mereka kerap bagi alasan yang sudah dibawa selama bertahun-tahun iaitu stesen televisyen bayar murah,” luahnya.
!function(f,b,e,v,n,t,s){if(f.fbq)return;n=f.fbq=function(){n.callMethod?
n.callMethod.apply(n,arguments):n.queue.push(arguments)};if(!f._fbq)f._fbq=n;
n.push=n;n.loaded=!0;n.version=’2.0′;n.queue=[];t=b.createElement(e);t.async=!0;
t.src=v;s=b.getElementsByTagName(e)[0];s.parentNode.insertBefore(t,s)}(window,
document,’script’,’https://connect.facebook.net/en_US/fbevents.js’);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source