40 anggota militan maut di timur laut India
GUWAHATI: Sekurang-kurangnya 33 militan puak terbunuh dalam operasi berterusan pasukan keselamatan berikutan pertempuran etnik di pedalaman negeri timur laut India, Manipur.
Negeri yang bersempadan dengan Myanmar itu menyaksikan ketegangan yang semakin meningkat sejak beberapa minggu lalu, dengan rusuhan dan pertempuran etnik mengorbankan sekurang-kurangnya 60 orang dan 35,000 orang kehilangan tempat tinggal.
Keganasan bermula pada 3 Mei lalu, apabila kumpulan puak bertelagah dengan etnik majoriti Meitei, kumpulan bukan etnik, mengenai faedah ekonomi dan kuota yang diberikan kepada golongan terbabit.
Semalam, Ketua Menteri, N Biren Singh, memberitahu media, sekurang-kurangnya 40 anggota militan terbunuh setakat ini.
“Operasi besar-besaran menggunakan helikopter sudah dimulakan. Kami akan mengesan semua yang menyerang orang awam,” katanya.
Awal bulan ini, New Delhi mengerah ribuan askar separa tentera dan tentera ke negeri yang mempunyai 3.2 juta penduduk itu.
Manipur berkongsi sempadan hampir 400 kilometer dengan Myanmar, di mana rampasan kuasa pada 2021 menyebabkan ribuan pelarian merentasi sempadan ke negeri itu. – REUTERS
!function(f,b,e,v,n,t,s){if(f.fbq)return;n=f.fbq=function(){n.callMethod?
n.callMethod.apply(n,arguments):n.queue.push(arguments)};if(!f._fbq)f._fbq=n;
n.push=n;n.loaded=!0;n.version=’2.0′;n.queue=[];t=b.createElement(e);t.async=!0;
t.src=v;s=b.getElementsByTagName(e)[0];s.parentNode.insertBefore(t,s)}(window,
document,’script’,’https://connect.facebook.net/en_US/fbevents.js’);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source